Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Ingat Orang Beli Pakai Daun Ke?” – Susu Kotak Pecah, Wanita Ini Kesal Dengan Tindakan Courier Semasa Penghantaran

“Ingat Orang Beli Pakai Daun Ke?” – Susu Kotak Pecah, Wanita Ini Kesal Dengan Tindakan Courier Semasa Penghantaran

Kategori:
susu kotak pecah

Dunia sekarang semakin berkembang maju. Dengan wujudnya pelbagai platform pembelian di atas talian seperti Shopee, Lazada, Mudah.my dan servis penghantaran yang dipercayai seperti Pos Laju, J&T, Ninja Van dan sebagainya, ia memudahkan orang ramai untuk melakukan urusan pembelian.

Namun masih ramai di antara kita yang risau untuk melakukan pembelian secara talian kerana risau barangan yang sampai berada dalam keadaan yang rosak.

Oleh itu, para peniaga dan courier perlu memastikan barang pelanggan dibungkus dengan baik dan selamat sampai. Tapi masih ada segelintir courier yang tidak bertanggungjawab dan cuai ketika melakukan penghantaran sehingga menyebabkan kerosakkan.

“Ingat Orang Beli Pakai Daun Ke?” – Susu Kotak Pecah, Wanita Ini Kesal Dengan Tindakan Courier Semasa Penghantaran

Hal yang malang sebegitu telah terjadi pada seorang peniaga kecil, wanybakery. Dia turut memuat naik sebuah video untuk meluahkan kekecewaannya di laman TikTok supaya ia turut menjadi pengajaran buat pihak lain.

Memandangkan dia menjual kek dan manisan dari rumah, wanita itu lebih selesa untuk membeli barangan keperluan perniagaan menerusi talian. Ia lebih jimat kerana barang yang dijual menerusi talian adalah lebih murah. susu kotak pecah

Namun apabila beberapa susu kotak yang dibelinya tiba, dia berasa terkejut apabila melihatnya sudah pecah dan rosak. Meskipun peniaga telah membungkusnya dengan elok, hal ini masih terjadi.  susu kotak pecah susu kotak pecah

Berasa bahawa hal ini disebabkan oleh kecuaian pihak courier, wanita itu kesal dan memohon agar mereka lebih berhati-hati ketika melakukan kerja penghantaran.

@wanybakery 😡😡😡 #wanybakery ♬ Penang kalau hari2 macam ni – Bubih

Meninjau di ruangan komen, orang ramai turut kesal dengan tindakan segelintir pihak courier. Turut berkongsi pengalaman yang sama, seorang pengguna Yoru Hikari telah kerugian sehingga RM110 gara-gara pihak courier yang lalai ketika menghantar barangnya.

Ramai Turut Terkena Dengan Kecuaian Courier..  susu kotak pecah susu kotak pecah

Walaupun begitu, khuzaimyshafie yang merupakan seorang penghantar courier Lazada menyuarakan bahawa perkara itu boleh terjadi dari kecuaian pihak peniaga juga yang tidak membungkus dengan elok dan akhirnya menyebabkan pihak mereka yang dipersalahkan.

Kadang-Kadang Bukan Salah Courier.. susu kotak pecah

Dari hal ini, kesemua pihak boleh menjadikannya pengajaran dan lebih berhati-hati. Seharusnya ia tidak berlaku jika semua pihak memainkan peranan. Pastikan anda melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan penuh teliti kerana ia merupakan satu amanah dan sumber rezeki anda.

Kredit: wanybakery

Baca Juga: Peniaga Penat Kerja Satu Hari, Sebak Tengok Pelanggan Sanggup Buat Begini Lepas Makan

tags: | | | |