Grab Holdings Ltd atau GRAB merupakan antara syarikat pengangkutan dan penghantaran terbesar di Asia Tenggara. Diasaskan oleh dua orang rakyat Malaysia iaitu Anthony Tan dan Tan Hooi Ling, syarikat itu bermula dari idea Anthony yang berazam untuk menubuhkan sebuah syarikat teksi yang selamat buat pengguna.
Setelah pelancaran “My Teksi” pada tahun 2021, ianya telah diubah pada GRAB pada 2016 dan kini telah berpusat di Singapura. Grab juga beroperasi di beberapa negara Asia Tenggara seperti Singapura, Malaysia, Kemboja, Indonesia, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam. Kini, syarikat itu makin dikenali dan berkembang maju.
Dengan permulaan pertamanya di Segambut, Kuala Lumpur, Malaysia, kini GRAB telah berjaya disenarai awamkan di Nasdaq.
Untuk meraikan, GRAB mengadakan sebuah majlis pelancaran tersenarai awam tersebut di Singapura dan dihadiri oleh barisan pekerja, pemandu, penghantar makanan dan juga peniaga yang menggunakan platform tersebut. Syarikat pengangkutan dan penghataran terbesar di Asia Tenggara itu berjaya disenarai awamkan setelah beroperasi selama 9 tahun.
Dilaporkan pada April lepas, syarikat itu telah bergabung dengan Altimeter Growth Corp, SPAC daripada Altimeter Capital Management dan telah meraih AS$4.5 bilion, termasuk AS$750 juta daripada Altimeter dan penyenaraian Grab di Nasdaq telah menetapkan penanda aras yang tinggi untuk sebuah syarikat permulaan di Asia Tenggara.
Bermula dari syarikat kecil kini menjadi sebuah syarikat dagangan awam yang tersenarai di Nasdaq, pencapaian tersebut melibatkan warga kerja Grab, serta wakil-wakil rakan Grab dari Asia Tenggara sehingga berjaya dipaparkan di Menara Nasdaq, Times Square, New York.
(Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pegasas Bersama Grab, Anthony Tan dan Pengasas Bersama Grab, Tan Hooi Ling di pentas pelancaran Nasdaq Opening Bell. Sumber: The Straits Times)
Pengerusi Nasdaq Asia-Pasifik, Bob McCooey berkata bahawa Grab merupakan syarikat Asia Tenggara yang terbesar sekali pernah disenarai awamkan di Nasdaq.
Tahniah pada pihak Grab atas pencapaian ini. Semoga syarikat itu terus berkembang maju di seluruh pelosok dunia dan terus dapat menawarkan perkhidmatan terbaik dan selamat buat semua pengguna.
Kredit: Bernama, The Star
Baca Juga: CEO Grab Kongsi Pengalaman Jadi Rider GrabFood, Hantar 4 Pesanan Dalam Masa 2 Jam