Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Syarikat Jepun Tanam Padi Dalam Bangunan Pejabat, Jadikan Lampu Sebagai Cahaya Matahari

Syarikat Jepun Tanam Padi Dalam Bangunan Pejabat, Jadikan Lampu Sebagai Cahaya Matahari

Kategori:
tanam padi dalam bangunan

Jika di Malaysia, biasanya padi ditanam di kawasan lapangan air bertakung yang disebut sawah padi.

Tetapi lain pula dengan negara Jepun yang membuat satu inovasi tentang penanaman padi untuk mendapatkan beras sekaligus memurahkan kos pengeluaran beras.

Menurut info yang disampaikan oleh seorang warga X, Shahrizal Denci, perkongsiannya mendapat perhatian ramai apabila dia berkongsi tentang sebuah syarikat di Jepun melaksanakan teknologi penanaman padi.

Syarikat Jepun Tanam Padi Dalam Bangunan Pejabat, Jadikan Lampu Sebagai Cahaya Matahari

“Sementara kita ada masalah bekalan beras, sebuah syarikat Jepun, Pasona Inc telah menanam padi di dalam bangunan pejabat dengan lampu yang bertindak sebagai artifical sun.tanam padi dalam bangunan

“Orang negatif cakap kos ini mahal dan tak praktikal, orang positif cakap bagaimana murahkan kos?”, terangnya dalam satu hantaran di laman X hingga mendapat banyak reaksi.

Tambahnya lagi, syarikat Jepun itu memilih benih berkualiti dan ditanam pula dengan control environments. Ia akan menghasilkan output yang maksimum dan boleh dimakan oleh semua pekerja di syarikat berkenaan.

Selain itu warna hijau kuning padi tersebut juga sememangnya cantik seperti padi yang ditanam di luar. tanam padi dalam bangunan

Tanam Dalam Contol Environment, Pilih Biji Benih Sihat

“Pekerja tuai bersama dan memupuk minat belia bandar kepada kerja-kerja pertanian. Hasilnya akan dimakan bersama-sama. Memang power!”, katanya lagi tentang inovasi tanam padi dalam bangunan itu.

Pekerja Tuai Padi Sendiri Dan Makan Hasilnyatanam padi dalam bangunan

Dia juga menerangkan apa yang boleh dipelajari dari hal ini seperti tiada yang mustahil jika kita benar-benar mengkajinya.

“Make agriculture sexy for young people to be interested. Nothing is impossible, agriculture is the future, jadilah bangsa yang berani mencuba benda baru dan perlunya ada pemimpin yang arif dan berwawasan dalam bidang pertanian,” jelasnya.

Jadikan Industri Pertanian Menarik Untuk Generasi Muda

Melihat komen orang ramai, rata-rata kagum dan bersetuju bahawa inovasi diperlukan dalam industri pertanian untuk adaptasi dengan dunia yang semakin membangun.

“Di masa akan datang, kaedah macam ni tak mustahil boleh jadi solution yang lebih praktikal untuk tangani isu pengeluaran beras yang makin lama merosot disebabkan kesan el nino”, kata seorang netizen dengan nama Hafiz Rahim.

Sumber: Sharizal Denci

Baca juga: Kisah Di Sebalik Penyanyi Terkenal Sudirman, Pernah Keluarkan Minuman Sendiri Sehingga Raih Hasil Lumayan. Pada Akhirnya, Ia Tinggal Misteri..

tags: | |