Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kenaikan Harga Barangan Perlahan Tahun Depan, Jangka Inflasi Makanan Turun

Kenaikan Harga Barangan Perlahan Tahun Depan, Jangka Inflasi Makanan Turun

Kategori:
inflasi makanan

Kenaikan harga barangan semakin dirasai dari hari ke hari lebih-lebih lagi harga barang mentah sebagai keperluan harian. Perkhabaran harga barang akan turun mungkin memberi sedikit kelegaann kepada rakyat untuk terus bertahan hidup dalam menghadapi hari-hari.

Menurut portal Utusan, kenaikan harga di negara ini dijangka lebih perlahan menuju 2023 di tengah-tengah bekalan makanan yang lebih baik. Harga komoditi lebih rendah dan peningkatan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Kenaikan Harga Barangan Perlahan Tahun Depan, Jangka Inflasi Makanan Turun

inflasi makanan

MIDF Research berkata, penurunan berterusan harga siling minyak sawit dalam botol mencerminkan kesan positif pembetulan sederhana dalam harga komoditi global. Berikutan penyambungan semula eksport bijirin dari Ukraine, inflasi makanan global telah menunjukkan trend penyederhanaan sejak Julai 2022.

Kami percaya inflasi makanan domestik alam susut secara berperingkat dalam beberapa bulan akan datang,” katanya dalam nota kajian.

Firma penyelidikan itu bagaimanapun menjelaskan, penyusutan ringgit berbanding dolar AS akan terus melebarkan bil import makanan Malaysia, terutamanya dengan menjadi negara pengimport bersih makanan.

“Secara keseluruhan, kami mengunjurkan kadar inflasi keseluruhan 2022 akan berada pada purata tiga peratus, secara relatifnya stabil dalam kalangan negara serantau yang antara lain diimbangi oleh harga bahan api runcit disubsidi.

Inflasi Negara Akan Stabil Dalam Kalangan Negara Serantau

inflasi makanan

Kami mengunjurkan inflasi keseluruhan akan berada pada purata 2.3 peratus tahun depan,” katanya.

Kelmarin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan harga minyak masak tulen botol lima kilogram (kg) diturunkan kepada RM31.50 berbanding RM33.50 bermula 8 Oktober hingga 7 November ini.

Harga baharu itu ditetapkan susulan harga purata minyak sawit mentah yang lebih rendah.

Harga Minya Sawit Mentah Rendah

inflasi makanan inflasi makanan

Semoga berita inflasi makanan menurun bukan hanya indah khabar dari rupa. Rakyat perlukan kestabilan ekonomi oleh pakar dan pemikir-pemikir serta ahli-ahli politik yang bijak untuk mentadbir negara. Moga ada sinar buat kita semua.

Sumber: Utusan Malaysia

Baca juga: “Ini Yang Kita Mahu”, Kedai Makan Melayu Tapi Kebanyakan Pelanggan Cina, Rahsia Kedai Ini Jadi Tumpuan Ramai..

tags: | | |