Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Ikut Je Kehendak Bini..”, Isteri Tarik Muka Tak Ada Cili Potong Masa Makan Sizzling, Akhirnya Suami Terpaksa..

“Ikut Je Kehendak Bini..”, Isteri Tarik Muka Tak Ada Cili Potong Masa Makan Sizzling, Akhirnya Suami Terpaksa..

Kategori:
CILI POTONG

Di bumi ini, tiada suami yang tak sayangkan isteri mereka. Walaupun gaduh seteruk mana pun, perasaan risau tetap ada terhadap wanita yang dicintai. Jadi bila isteri mula merajuk dan berubah muka, si suamilah yang pertama yang akan menyedari perkara tersebut.

Wanita ini pula mempunyai pelbagai kerenah dan ragam, bila tak kena sedikit, mereka tentu akan merajuk. Ada yang sampai ke berhari-hari. Hal itu sangat merungsingkan jadi si suami perlu tahu cara untuk memujuk mereka.

Isteri Tarik Muka Tak Ada Cili Potong Masa Makan Sizzling, Akhirnya Suami Terpaksa..

Mengunjungi pasaraya besar Aeon, seorang wanita tiba-tiba sahaja berasa teringin untuk menikmati hidangan yee mee sizzling yang dijual di foodcourt di sana. Pesan makanana lewat, cili potong yang disediakan telah habis.

Tak suka makan yee mee sizzling tanpa cili potong, hal itu membuatnya merajuk dan terus bermasam muka. Melihat muka isterinya mula berubah dan memahami puncanya, si suaminya terus sahaja berdiri dan menghilangkan diri dalam pasaraya tersebut. CILI POTONG

Kembali bersama beberapa batang cili hijau, dia terus menghulurkannya pada wanita itu bagi memujuknya. Menurut wanita itu, suaminya merupakan seseorang yang sangat baik. Tidak mahu isterinya merajuk terlalu lama dan mengelakkan pergaduhan atas sebab remeh-temeh, dia sangup berbuat begitu. CILI POTONGCILI POTONG

Sedar bahawa mungkin kerenah dia kelihatan agak mengada-gada dan menyusahkan suami, wanita itu bagaimanapun berasa bersyukur kerana telah dikurniakan seorang suami yang begitu baik dan memahaminya.

https://www.tiktok.com/@mymemmaaaaa/video/7095924317141093659?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@mymemmaaaaa Maafkan sy suami #foryou #fypシ #love #fypgakni ♬ suara asli – 🤎𝓭𝓭_𝓮𝓷𝔂〽️

Menjengah di ruangan komen, ramai yang tersenyum melihat layanan suami wanita itu terhadapnya. Hakikatnya tak semua orang dikurniakan pasangan sebegitu jadi ada juga yang menggesa padanya untuk tahu menghargai.

“Kena Tahu Hargai Dia..” CILI POTONG

Isteri mana sahaja tak berasa senang hati bila mempunyai seorang suami sebaik ini? Tak marah pun, sebaliknya setia sahaja melayan pelbagai kerenah. Namun begitu, sebagai seorang pasangan yang baik, kita perlu pandai hargai dan tidak mensia-siakan pasangan masing-masing.

Kredit: mymemmaaaaa

Baca Juga: “Ada Juga Macam Ni?!”, Saiz Sotong Dalam Nasi Goreng Di Kedai Buat Ramai Geleng Kepala

tags: | | | |