Memandangkan dunia semakin maju sekarang, banyak perniagaan yang menyediakan khidmat pembayaran melalui atas talian atau secara cashless. Perkara itu dapat memudahkan peniaga dan pelanggan yang lebih gemar membuat pembayaran melalui kaedah itu.
Namun begitu, masih terdapat beberapa kedai makan di luar sana yang belum lagi menggunakan perkhidmatan pembayaran secara atas talian, terutamanya gerai-gerai kecil. Jadi, pelanggan perlu lah sentiasa bersedia dan perlu membawa wang yang secukupnya. Jika tidak, penat nak pergi balik rumah semula semata-mata untuk mengambil wang.
Di laman Tiktok, seorang pengguna, gurangak94, memuat naik sebuah video dan berkongsi detik cemas ketika berada di kedai makan baru-baru ini.
Teringin dengan nasi ayam dari sebuah kedai makan, dia memesannya. Namun setelah beberapa suapan dan makanan sudah tinggal separuh, dia baru menyedari bahawa kedai makan tersebut hanya menerima pembayaran secara tunai. Cemas, dia memeriksa dalam dompetnya dan mendapati wang yang tinggal hanya RM 1. Tak cukup duit, dia hanya mampu termenung.
@gurangak94♬ Helikopter – Fazlija
Menjengah di ruangan komen, warganet berkongsi beberapa cara yang boleh digunakan untuk membayar makanan yang telah dimakan itu. Tak perlu risau jika tidak mempunyai wang yang cukup, cuba cara ini pula.
Tergelak pula membaca cadangan yang telah dikongsikan oleh warganet. Ada yang membantu, ada pula yang boleh bergurau dalam keadaan cemas sebegini.
Walau apapun, perkara ini boleh dijadikan sebagai pengajaran buat kita semua untuk lebih berhati-hati ketika mengunjungi kedai makan. Pastikan membawa wang yang secukupnya untuk melakukan pembayaran. Tak cukup duit nanti susah pemilik kedai dan diri anda.
Kredit: TikTok gurangak94