Datang sahaja hujung bulan, ramai di antara kita yang terpaksa mengikat perut dan berjimat-cermat dari segi perbelanjaan kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi.
Jadi, terpaksa lah juga kita menagguh sebarang pembelian yang bukannya satu keperluan. Ini termasuklah sambutan hari jadi kawan-kawan atau ahli keluarga yang tentunya memerlukan kos yang besar.
Tapi siapa kata sambutan tersebut memerlukan perbelanjaan yang banyak? Kita perlu lah kreatif dan berfikir di luar kotak seperti yang telah dikongsikan oleh lelaki ini.
Terbaharu, seorang lelaki aannyoo telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi cara dia dan kawan-kawannya menyambut hari jadi salah seorang kawan mereka.
Gara-gara berada di fasa hujung bulan dan tidak mampu untuk membeli sebiji kek yang boleh mencecah puluhan ringgit, dia dan yang lain telah sepakat untuk menyediakan sambutan kecil.
Penat berada di dapur sepanjang malam untuk memasak, mereka telah menyediakan hidangan kuey teow kung fu untuk dimakan bersama.
Kuey teow yang telah disalut dengan telur dan digoreng kemudiannya dibentuk seperti sebiji kek.
Kawannya yang disambut kelihatan begitu teruja apabila melihat makanan yang disediakan dan terus memotong ‘kek’ yang dimasak sempena sambutan hari jadinya.
@aannyoo First time sambut birthday member tak pakai kek…tukar ngan MEE KUNGFU 😭 #fypmalaysia
@aannyoo First time sambut birthday member tak pakai kek…tukar ngan MEE KUNGFU 😭 #fypmalaysia ♬ suara asli – yp
Walaupun ringkas sahaja sambutan yang telah diadakan, tentu si kawan itu akan mengingati dan menghargai usaha semua yang terlibat.
Untung mereka yang ada kawan-kawan macam ini, biar lah tak mewah asal tetap meriah.
Kredit: aannyoo