Memesan makanan dan minuman amat memudahkan urusan. Orang ramai tak perlu keluar dari rumah atau pejabat, mereka hanya perlu memesan menerusi aplikasi yang ada dan menunggu pesanan dihantar oleh rider.
Walaupun sistem memesan secara atas talian ini mempunyai pelbagai manfaat, ia juga ada kekurangannya. Selain harga makanan dan minuman adalah jauh lagi mahal, menu dan pilihan juga sangat terhad.
Ingin menikmati minuman Green Tea Latte dari Starbucks tapi tak ingin untuk keluar, seorang wanita nrelnasari telah melakukan pesanannya menggunakan aplikasi GrabFood.
Namun, bila memesan minuman tersebut secara atas talian, dia menyedari pilihannya agak terhad. Tidak boleh meminta whip cream, wanita itu cuba untuk meninggalkan nota pada rider dan memohon padanya untuk meminta pada pekerja untuk meletakkan whip cream pada minumannya.
Meskipun akan cair atau tertumpah semasa penghantaran, dia tidak kisah asalkan minumannya mempunyai sedikit rasa whip cream. Tapi ketika pesanannya tiba, wanita itu kecewa apabila mendapati rider tidak dapat menunaikan permintaannya.
Sedih dan kecewa dengan perkara itu, dia bagaimanapun tetap menghargai rider kerana meninggalkan nota memohon maaf.
https://www.tiktok.com/@nrelnasari/video/7128299360844090651
@nrelnasariatleast he apologize but still hm 😞💔
Menjengah di ruangan komen, beberapa pelanggan lain juga turut cuba melakukan perkara yang sama dengan wanita itu tapi tak menjadi juga. Hal itu membuat segelintir berasa ‘putus angin’ untuk membeli makanan secara atas talian.
Tambahan pula, ada beberapa pekerja F&B tampil menjelaskan mengapa pihak mereka tidak menyediakan segelintir item untuk mereka yang memesan secara atas talian.
Ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini semasa penghantaran. Jika minuman tertumpah, ia tentu akan menjejaskan pihak restoran dan rider.
Tak dinafikan membeli secara atas talian ini sangat memudahkan, tapi ada kalanya ia mempunyai kelemahan juga. Sebagai pembeli, pilihan di tangan anda, jika ingin lebih puas hati, lebih elok kita pergi ke restoran sendiri.
Kredit: nrelnasari
Baca Juga: Makanan Di Majlis Kenduri Kehabisan, Tuan Rumah Beli Lauk Di Kedai Mamak Untuk Tetamu