Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Memang Kami Tak Boleh Letak..” – Tak Dapat Tunai Request Pelanggan, Rider Ini Mohon Maaf

“Memang Kami Tak Boleh Letak..” – Tak Dapat Tunai Request Pelanggan, Rider Ini Mohon Maaf

Kategori:
Tak Dapat Tunai Request Pelanggan

Memesan makanan dan minuman amat memudahkan urusan. Orang ramai tak perlu keluar dari rumah atau pejabat, mereka hanya perlu memesan menerusi aplikasi yang ada dan menunggu pesanan dihantar oleh rider.

Walaupun sistem memesan secara atas talian ini mempunyai pelbagai manfaat, ia juga ada kekurangannya. Selain harga makanan dan minuman adalah jauh lagi mahal, menu dan pilihan juga sangat terhad.

“Memang Kami Tak Boleh Letak..” – Tak Dapat Tunai Request Pelanggan, Rider Ini Mohon Maaf

Ingin menikmati minuman Green Tea Latte dari Starbucks tapi tak ingin untuk keluar, seorang wanita nrelnasari telah melakukan pesanannya menggunakan aplikasi GrabFood.

Namun, bila memesan minuman tersebut secara atas talian, dia menyedari pilihannya agak terhad. Tidak boleh meminta whip cream, wanita itu cuba untuk meninggalkan nota pada rider dan memohon padanya untuk meminta pada pekerja untuk meletakkan whip cream pada minumannya. Tak Dapat Tunai Request Pelanggan

Meskipun akan cair atau tertumpah semasa penghantaran, dia tidak kisah asalkan minumannya mempunyai sedikit rasa whip cream. Tapi ketika pesanannya tiba, wanita itu kecewa apabila mendapati rider tidak dapat menunaikan permintaannya. Tak Dapat Tunai Request Pelanggan Tak Dapat Tunai Request Pelanggan

Sedih dan kecewa dengan perkara itu, dia bagaimanapun tetap menghargai rider kerana meninggalkan nota memohon maaf.

https://www.tiktok.com/@nrelnasari/video/7128299360844090651

@nrelnasariatleast he apologize but still hm 😞💔

♬ i hear a pluto projectors symphony – truff

Menjengah di ruangan komen, beberapa pelanggan lain juga turut cuba melakukan perkara yang sama dengan wanita itu tapi tak menjadi juga. Hal itu membuat segelintir berasa ‘putus angin’ untuk membeli makanan secara atas talian.

“Dah Cuba Tapi Tak Menjadi..” Tak Dapat Tunai Request Pelanggan

Tambahan pula, ada beberapa pekerja F&B tampil menjelaskan mengapa pihak mereka tidak menyediakan segelintir item untuk mereka yang memesan secara atas talian.

Ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini semasa penghantaran. Jika minuman tertumpah, ia tentu akan menjejaskan pihak restoran dan rider.

Ada Sebab Mengapa Setengah Item Tak Tersedia Tak Dapat Tunai Request Pelanggan

Tak dinafikan membeli secara atas talian ini sangat memudahkan, tapi ada kalanya ia mempunyai kelemahan juga. Sebagai pembeli, pilihan di tangan anda, jika ingin lebih puas hati, lebih elok kita pergi ke restoran sendiri.

Kredit: nrelnasari

Baca Juga: Makanan Di Majlis Kenduri Kehabisan, Tuan Rumah Beli Lauk Di Kedai Mamak Untuk Tetamu

tags: | | | | | |