Memandangkan aktiviti dine in sudah dibenarkan oleh pihak berkuasa, orang ramai kini berlumba-lumba untuk ke restoran dan kedai makan bagi menikmati suasana dan meluangkan masa di sana bersama kawan-kawan. Sudah lama tidak berjumpa, pasti seronok berbual dengan kawan-kawan sambil menikmati hidangan yang enak.
Namun begitu, setelah puas berbual, sudah pasti kita ingin pulang. Lagi pun, pada musim sekarang, ianya tidak elok jika berada di luar terlalu lama. Bagaimanapun sebelum pulang, pastikan semua orang menghabiskan semua hidangan. Sabar sahaja lah jika perlu menunggu pun.
Di laman TikTok, seorang pengguna, silehudinsalimi, memuat naik sebuah video dan berkongsi gelagat salah seorang kawannya di kedai makan baru-baru ini.
Melepak sambil makan bersama, semua orang di kedai makan itu bagaimanapun telah habis menikmati makanan yang telah dipesan. Namun begitu, masih ada salah seorang kawannya yang masih lagi belum menghabiskan makannya, makan secara perlahan-lahan. Perkara itu juga membuatkan seorang lagi kawannya tak puas hati dan menjeling ke arah kawannya yang masih lagi khusyuk menghabiskan makanan.
@solehudinsalimi Sabau jelah 🤣#fyp #foryoupage
♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
@solehudinsalimiSabau jelah 🤣##fyp ##foryoupage♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Bukan sahaja kawannya, malah ada juga beberapa individu yang makan sebegitu. Kadang-kadang mereka juga rasa bersalah kerana makan terlalu perlahan sehingga tidak menghabiskan makanan sendiri walaupun lapar.
Ada juga yang berasa terhibur melihat jelingan salah seorang kawannya di dalam video itu. Mesti dah tak sabar nak balik dan dah lama menunggu.
Siapa yang ada kawan sebegini? Kadang-kadang mereka bukannya sengaja berbuat begitu, dah menjadi tabiat, elok juga mereka tidak makan secara gelojoh. Lebih mudah untuk dihadam dan bagus untuk kesihatan. Kalau ada kawan sebegini, banyak bersabar dan tunggu sahaja mereka habiskan makanan. Kalau dipaksa pun kesian juga pada mereka.
Kredit: TikTok solehudinsalimi