Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tak Sampai Hati Tengok..” Adik Ini Tak Mampu Beli Kek Premium Untuk Ibu, Namun Ada Individu Yang Sedia Bantu.

“Tak Sampai Hati Tengok..” Adik Ini Tak Mampu Beli Kek Premium Untuk Ibu, Namun Ada Individu Yang Sedia Bantu.

Kategori:
KEK

Setiap individu mempunyai latar belakang kehidupan yang berbeza-beza dari satu sama lain. Realitinya, tak semua orang menikmati kehidupan yang mudah dan senang seperti sesetengah orang.

Jadi, sewajarnya kita tidak terlalu cepat untuk menghukum seseorang itu, terutamanya mereka yang datang dari golongan yang kurang berkemampuan.

Mungkin kita tidak sedar, namun mungkin kesenangan yang ada dalam hidup kita mungkin merupakan sesuatu yang diingini ramai. Jadi, tak salah pun jika kita berbuat baik pada orang lain.

Nak Beli Kek Premium Tapi Cuma Ada 3 Ringgit Sahaja.

Di laman TikTok, seorang pengguna, hanaliciouscakes memuat turun sebuah video pendek yang berjaya menyentuh hati para penonton.

Menurut video yang berdurasi selama 20 saat itu, individu tersebut bercuti di Kuala Terengganu dan ke sebuah bakeri di negeri tersebut. Mungkin takdir, dia ditemukan dengan seorang adik yang ingin membawa pulang sepotong kek untuk ibunya.

Setelah sekian lama memerhatikan chiller di bakeri itu, adik tersebut ingin membayar kek pilihannya tapi niatnya terhapus apabila dia tidak mempunyai wang yang kek yang disangka bernilai RM 3, rupa-rupanya RM 13 sepotong.

Membatalkan niat untuk membeli kek, invidu itu bersimpati lalu terus menghulurkan wang sebanyak RM 10 untuk membantu adik itu menunaikan niatnya. Kelihatan gembira, adik itu tak berhenti-henti mengucapkan terima kasih pada individu itu.

@hanaliciouscakes masa pergi bercuti jumpa dgn adik nie..kek premium tp duit ada RM3 je…😭 #fypシ #fypsound #fypシ゚viral #trending #tiktokkelantan ♬ original sound – Gaseh channel – 🇵🇸GASEH CHANNEL🇵🇸

Menyentuh Hati Warganet.

Menjengah di ruangan komen, warganet tidak dapat menahan diri daripada berasa sebak dengan video yang dikongsikan. Sungguh indah bila kita membantu insan lain yang memerlukan.

KEK KEK KEK

Akak Cashier Juga Belanja

Menurut individu tersebut, kakak cashier yang bertugas di bakeri tersebut turut membelanjakan adik itu beberapa kepingan roti.

KEK

Terharu bila melihat video yang seperti ini. Bila anda bertemu dengan individu yang lebih memerlukan, tak salah jika kita berkongsi rezeki dan bantu mereka. InshaAllah rezeki kita juga akan dipermudahkan.

Semoga mereka semua dipermudahkan urusan dan rezeki.

Kredit: TikTok hanaliciouscakes

Baca Juga: Selalu Bercakap Elok & Belanja Pekerja Asing Makan, Warganet Berasa Kagum Dengan Sikap Mulia Majikan Ini.

 

tags: |