Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tambah Sos Ikan, Cara Wanita Thai Ini Makan Nasi Lemak Buat Ramai Orang Malaysia Terkejut

Tambah Sos Ikan, Cara Wanita Thai Ini Makan Nasi Lemak Buat Ramai Orang Malaysia Terkejut

Kategori:
tambah sos ikan

Nasi Lemak merupakan salah satu hidangan Malaysia yang sangat digemari ramai. Bukan sahaja di dalam negara, malah di luar ia turut mendapat nama.

Tapi semua orang mempunyai cara tersendiri untuk menikmati hidangan tersebut, mungkin di negara lain juga caranya berbeza dari yang selalunya.

Tambah Sos Ikan, Cara Wanita Thai Ini Makan Nasi Lemak Buat Ramai Orang Malaysia Terkejut

Seperti yang telah dikongsikan oleh seorang wanita Thailand, amoybangkok yang telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi caranya menikmati hidangan Nasi Lemak.

Merupakan penggemar hidangan tersebut, dia telah membeli sebungkus untuk dinikmati. tambah sos ikan

Tapi memandangkan dia merupakan seorang warga Thailand yang sukakan rasa masin dan pedas, dia mencapai satu botol sos ikan untuk diletakkan sedikit pada nasi tersebut.

Kalau nak tahu, kicap sotong atau sos ikan sering digunakan dalam masakan Thai jadi tak hairan dia juga suka menambahkannya dalam makanannya. tambah sos ikan

Tambahnya juga, kombinasi nasi lemak bersama sos ikan memang memberikan rasa yang begitu enak. Kalau nak tahu, perlu cuba sendiri!

@amoybangkok Nasi lemak + saos ikan = good try & nice combination. Selamat mencoba gais 😂👍🏻 #tiktokmalaysia #nasilemak #orangthaidimalaysia #orangthailand #thaiinmalaysia #malaysia #expatinmalaysia #malaysiantiktok ♬ original sound – Ian Asher

Meninjau di ruangan komen, reaksi rakyat Malaysia bercampur. Ada yang menerima caranya, ada pula yang tidak begitu bersetuju kerana mungkin berpendapat bahawa hidangan itu perlu dinikmati dengan cara aslinya.

Pendapat seorang pengguna, “Ini okay saja, asal jangan pergi campak cheese.”.

Manakala komen seorang lagi pual, “Ni macam makan nasi lemak dengan budu..”.

Reaksi Netizen Malaysia Bercampur tambah sos ikan tambah sos ikan

Lain orang lain cara mereka menikmati makanan, tak apa lah asalkan kena dengan seleranya. Mungkin kita juga boleh mencuba caranya, manalah tahu mungkin kena juga dengan selera.

Kredit: amoybangkok

Baca Juga: “Pening Kepala..” – Minta Suami Pergi Beli Daun Kucai, Wanita Ini Terkejut Dapat Benda Lain Pula

tags: | |