Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tangan Pijar, Tak Cukup Basuh Air Saja. Doktor Ini Dedah 5 Cara Untuk Menghilangkannya

Tangan Pijar, Tak Cukup Basuh Air Saja. Doktor Ini Dedah 5 Cara Untuk Menghilangkannya

Kategori: ,
TANGAN PIJAR

Perkara yang sering dialami seseorang setelah memegang atau tersentuh cili adalah rasa ‘pijar’ atau panas yang sangat sukar untuk dihilangkan. Ia boleh menyebabkan rasa kurang selesa dan keperitan pada kulit yang terkena sehingga ada juga sesetengah individu yang terpaksa ke klinik untuk merawatnya.

Masalah pijar ini tidak dapat dihapuskan dengan membasuh bahagian kulit yang terkena dengan air. Sebaliknya ada cara-cara tertentu untuk melegakannya. Tak perlu ke klinik, anda boleh cuba beberapa kaedah yang telah dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman Facebook. TANGAN PIJAR

Doktor Dedah 5 Cara Untuk Menghilangkan Tangan Pijar

“Doktor, tangan saya pijar! Macam mana nak hilangkan? Seksa, doktor!”

Kadang-kadang, ada pesakit datang ke klinik sebab tangan dia pijar selepas dia menyambal. Kesilapan utama yang dilakukan oleh ramai orang adalah, mencuci dengan air sahaja.

Tangan kita pijar selepas pegang cili adalah kerana cili mengandungi capsaicin. Sebatian ini akan merangsang reseptor deria sakit. Kalau kena kulit, kita rasa pijar, kalau kena lidah, kita rasa pedas.

Capsaicin ni, ia tak larut air. Kalau kita cuci tangan dengan air sahaja, capsaicin ni sukar nak tanggal dari kulit kita. Capsaicin ni larut dalam minyak/lemak. Oleh itu, kita gunakan:

  1. SUSU: susu berlemak dan mengandungi sejenis protin dipanggil casein. Ia akan memutuskan ikatan antara capsaicin dengan reseptor di kulit. Selepas cuci dengan susu, bilas dengan air sabun. TANGAN PIJAR
  2. MINYAK: jika nak cuci tangan guna susu, rasa macam membazir pula. Jadi kita boleh gunakan minyak. Minyak akan mencairkan capsaicin. Selepas itu perlu juga bilas dengan air sabun. TANGAN PIJAR
  3. CUKA: capsaicin bersifat alkali, jadi secara teori bahan berasid boleh meneutralkan atau melemahkan kesannya. Boleh juga gunakan air asam, perahan limau, atau sos tomato. TANGAN PIJAR
  4. ALKOHOL: capsaicin juga boleh dilarutkan dengan alkohol. Jadi boleh gunakan pensanitasi tangan berasaskan alkohol untuk mencuci tangan yang pijar. Kena gunakan banyak.TANGAN PIJAR
  5. LOSYEN: gunakan losyen berasaskan minyak untuk melarutkan capsaicin, kemudian disusuli dengan bilasan air sabun untuk buang losyen yang telah dicemari capsaicin tadi. TANGAN PIJAR

Selain mencuci gunakan bahan-bahan tertentu, capsaicin juga boleh ditanggalkan menggunakan geseran. Maknanya kena gosok tangan dengan tuala, berus, garam atau hampas kelapa.

Semoga bermanfaat!

Dengan cara yang telah dikongsikan ini, tangan pijar dapat dilegakan dengan kadar segera, anda tak perlu ke mana-mana klinik. Namun jika masalah tersebut masih lagi berpanjangan setelah menggunakan cara-cara ini, anda disarankan untuk mendapat rawatan pakar secepat mungkin.

Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan

Baca Juga: Doktor ‘Dedah’ Tempat Penyimpanan Kicap Yang Sebetulnya, Tak Boleh Simpan…

tags: