Mengusahakan sebuah perniagaan bukannya sesuatu yang mudah. Pasti ada beberapa halangan yang setiap peniaga perlu menghadapi dalam mencari rezeki yang Halal.
Namun ketika kita sedang berusaha dan mula berjaya, pasti ada beberapa individu yang tidak senang dan mula berasa dengki hingga ingin melakukan perbuataan khianat.
Dengan perkhidmatan bomoh masih lagi digunapakai di kalangan masyarakat Melayu, tak hairan jika terdapat pelbagai cara untuk melakukan perbuatan sihir sekarang ini. Mungkin kisah di bawah juga mungkin merupakan salah satu caranya.
Terbaharu, seorang peniaga kedai Nasi Ayam, nasiayambaba memuat naik sebuah video untuk berkongsi perkara yang amat merisaukan buatnya.
Beroperasi seperti biasa, peniaga itu tiba-tiba sahaja menerima sebuah bungkusan yang tidak mempunyai nama dan no telefon penerima.
Puas ditanya semua pekerja, dia membuka bungkusan tersebut dan menemui satu set sudu dan gafu plastik bersama beberapa helai tisu.
Walaupun perkara ini mungkin kelihatan tidak serius bagi penonton tapi ia mendatangkan seribu tanda tanya buat peniaga itu.
Malah, perkara ini membuatnya berasa sangat resah dan risau, takut ada individu di luar sana yang ingin melakukan sesuatu yang buruk terhadap dirinya dan perniagaannya.
Dia juga meminta pandangan orang ramai yang arif dan mungkin pernah mengalami perkara sebegini.
@nasiayambaba maaf detail terpaksa di cover sebab sudah di remove awal td , sesiapa yg tahu atau pernah alamai boleh kongsikan 😓
♬ Creepy, scary, horror, synth, tension – Sound Production Gin
@nasiayambabamaaf detail terpaksa di cover sebab sudah di remove awal td , sesiapa yg tahu atau pernah alamai boleh kongsikan 😓 ♬ Creepy, scary, horror, synth, tension – Sound Production Gin
Dengan begitu ramai peniaga pernah berkongsi pengalaman terkena sihir dengan cara yang tidak dijangka di media sosial, tak hairan mengapa pemilik kedai nasi ayam ini berasa risau.
Semoga tiada perkara yang tidak diingini berlaku dan kita semua dijauhkan dari manusia yang berniat buruk dan ingin menyakiti diri kita dan kejayaan yang penat diusahakan.
Kredit: nasiayambaba
Baca Juga: “Harga Cekik Darah Dah Jadi Satu Trend..” – Beli Milo O Habis RM2, Pelanggan Ini Luah Rasa Kecewa