Selain nasi, roti dan mi juga merupakan antara makanan yang digemari oleh masyarakat Melayu dan penduduk Malaysia. Malah ada juga yang lebih menggemari mi, roti, bihun dan lain-lain makanan selain nasi.
Mi sendiri memilik pelbagai jenis dan bentuk. Antara mi yang paling popular dalam kalangan kita adalah mi kuning. Pelbagai jenis menu dan hidangan yang boleh disediakan dengan mi ini sama ada mi rebus, mi goreng atau pun mi kari.
Namun apa yang menjadi masalah adalah apabila mi kuning yang dibeli terasa pahit teramat sangat. Pahit tersebut adalah berasal daripada kapur yang digunakan. Sudah rendam dalam air panas namun rasa pahitnya tetap tidak berubah.
Jadi apa kata ikuti sahaja teknik yang dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar ini. Teknik untuk menghilangkan rasa pahit kapur tersebut sangat mudah. Hanya menggunakan satu bahan sahaja. Jom kita ikutinya di bawah ini.
Mi kuning merupakan makanan yang diperkaya dengan karbohidrat yang dapat membekalkan sumber tenaga kepada badan. Tidak hairanlah jika mi kuning menjadi salah satu pilihan utama ramai orang selain daripada nasi.
Walaupun begitu, rasa kapur pada mi kuning menyebabkannya menjadi pahit dan secara tidak langsung telah memutuskan selera makan. Terdapat petua yang mudah sangat mudah dan berkesan untuk menghilangkan rasa kapur pada mi kuning ini.
Caranya simple je, just gaulkan mee dengan gula dan biarkan setengah jam.. pastu baru basuh. InsyaAllah mee yg kita makan tidak rasa kapur lagi.
Mudah sahaja kan nak hilangkan rasa pahit pada mi kuning ini? Selepas dah hilang rasa pahit tu, bolehlah mula memasak dengan bahagia. Oh ya, kalau nak masak mi goreng basah, ikuti sahaja perkongsian resepi di bawah ini. InshaAllah sedap dan menjadi!
Kredit teknik: Wan Muhammad Hafiz Satar
Kredit resepi: Suhasnida Ismail