Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Teknik Penyediaan Kimchi Yang Betul, Barulah Sedap & Perfect Rasanya!

Teknik Penyediaan Kimchi Yang Betul, Barulah Sedap & Perfect Rasanya!

Kategori: ,,,
teknik penyediaan Kimchi

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang cukup popular di serata dunia. Bukan sahaja orang Korea yang menggemari makanan ini, namun ramai juga masyarakat negara lain yang turut menggemarinya termasuklah masyarakat Malaysia.

Kimchi adalah sayur masin hasil pemerapan yang dibuat dengan beberapa bahan perapan seperti serbuk cili, halia, bawang putih, udang kering dan sos ikan. Antara sayuran yang sering digunakan untuk membuat makanan ini adalah lobak dan sawi putih.

Bukan sahaja memiliki rasa yang sedap namun Kimchi ini juga antara lima makanan tersihat di dunia tau. Makanan ini dapat membantu sistem pencernaan kita dan kaya dengan vitamin. Bakteria hidup pada Kimchi juga lebih banyak dari yogurt, jadi memang patut jika makanan ini bagus untuk kesihatan kita.

Selain dibeli, ada baiknya jika dibuat sendiri kerana makanan tersebut lebih terjamin kebersihan dan kesihatannya berbanding beli yang sudah siap. Namun tertanya-tanya apakah teknik penyediaan Kimchi yang betul agar rasanya sedap dan sempurna?

Untuk penyediaan makanan ini dengan cara yang betul, jom kita ikuti perkongsian dari Aisyah Humaira di bawah ini. 

Kimchi dari air tangan ibu yang disayangi. Paling sedap dan kena dengan selera. Masa Zie mengandungkan baby Khalid haritu sampai mengidam la Kimchi umi ni. Alhamdulillah umi terus buatkan. 

Ranggup, segar, pedas, masin dan manisnya sempurna sedikit lemak-lemak dari serbuk cili. Pernah beli di Pasar Raya tak boleh telan banyak. Masam, masin sangat dan terlalu kuat rasa jeruk. Zie kongsi di sini resipi Kimchi my mom. 

Teknik Penyediaan Kimchi Yang Betul, Barulah Sedap & Perfect Rasanya!

Bahan sayur:

  • 1 biji Kobis panjang pilih yg besar
  • 1 batang lobok merah- dihiris halus memanjang
  • 1 tangkai Daun bawang
  • 1 genggam Daun kucai
  • ½ biji sengkuang dihiris nipis memanjang
  • 1 sudu kecil Bijan disangai (optional)
  • Garam kasar secukupnya untuk perap kobis

Bahan pes:

  • 4 sudu besar serbuk cili babas atau mengikut pedas disukai
  • 4 susu besar cili kisar/cili boh
  • 6 sudu besar cuka makan
  • 3 sudu besar minyak bijan
  • Sos ikan secukup rasa
  • Gula dan garam secukup rasa

Bahan kisar:

  • 1 biji epal fuji
  • ½ biji buah lai/pear
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci Halia
  • 1 sudu makan Udang kering

Cara Penyediaan:

  1. Cuci kobis hingga bersih. Hiris ikut saiz disukai dan tabur garam kasar di setiap helaian kobis perap 1 jam siap perap milas kobis dengan air sambil tekan-tekan buang air masin dari kobis. Toskan tekan-tekan lagi supaya kering air pada kobis (kalau air banyak nanti kimchi jadi terlalu berkuah).
  2. Dalam bekas besar masukkan semua bahan pes dan bahan kisar lalu kacau sebati. Cuba rasa sedikit, pes kimchi mesti rasa pedas-pedas manis, masin dan  masam.
  3. Masukkan kobis dalam bekas berisi pes tadi bersama semua bahan sayur di atas dan ratakan pes pada keseluruhan sayur.
  4. Siap untuk dimakan. Enak makan yg baru siap. Ranggup dan boleh jerukkan perap simpan dalam peti.

Mudah sahaja kan teknik penyediaan Kimchi ini? Jadi apa tunggu lagi tu? Jom kita cuba buat sendiri di rumah. Pasti puas hati punya.

Kredit: Aisyah Humaira

Baca juga: Tips Masak Ayam Geprek Berempah Extra Spicy Yang ‘Over’ Sedap & Mudah!

tags: | | |