Bila Hari Raya hampir menjelma, sayuran dan rempah segar seperti kunyit, daun kunyit, serai, lengkuas dan bunga kantan jadi sangat berharga sebagai ramuan penting di dapur.
Ada kalanya, sayur-sayuran dan rempah ini susah untuk didapati pada musim perayaan akibat permintaan yang tinggi.
Sesetengah para ibu lebih gemar untuk beli sayuran ini dalam kuantiti yang banyak namun tidak tahu cara terbaik untuk simpankannya sebagai stok. Kalau nak tahu ada teknik simpan sayur berharga yang mudah sampai boleh bertahan sehingga 3 ke 6 bulan !
Jom kita pelajari teknik yang dikongsikan oleh Dr Hani Mynis di Facebook !
“Meh hani nak bagi teka teki petang-petang ni. Apa benda yang sekarang nampak bersepah kat supermarket tapi bila sehari dua hari lagi nak raya tetiba dia ”hilang”? Hahahah
Sekarang kita tengok dia tak de nilai kan? Beshe-beshe je orang cakap haha ha tunggu lah sehari dua nak raya sok. Ini lah benda paling bernilai dan berharga.” – Dr Hani Mynis
Menurut Dr Hani, dia sering gunakan tips ini untuk simpan rempah segar serta sayur penting untuk Hari Raya seperti berikut :
✅ daun kunyit
✅ serai
✅ lengkuas
✅ halia
✅ kunyit hidup
✅ bunga kantan
✅ daun pandan
✅ daun kesum
Untuk memastikan teknik ini berkesan, Dr Hani turut menggariskan beberapa syarat untuk simpan sayur-sayuran ini. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut :
Dalam perkongsiannya di Facebook, Dr Hani turut berkongsi gambar sayur-sayurannya yang masih segar selepas beberapa bulan.
Bila anda nak guna, boleh kelarkan sedikit dari bekas atau plastik, selebihnya boleh terus simpan dalam peti beku (freezer) balik. Jangan berlengah, ya! Kalau lupa, nanti sayur boleh jadi lembik.
Bila nak guna, anda tak perlu basuh atau defrost lagi, terus campak saja dalam kuali.
Dr Hani dapat simpan serai dengan elok selama 3 bulan dan masih cantik rupanya.
Bunga kantan ini pula sudah disimpan sejak 4 bulan lepas.
Menurut Dr Hani, dia sudah praktikkan cara ini selama 2 tahun berturut-turut dan ternyata berkesan ! Pasti takkan timbul masalah kekurangan ramuan lagi selepas ini.
Anda juga boleh amalkan teknik simpan sayur ini supaya juadah sentiasa lengkap dengan rasa rempah segar dan ramuan.
Selain simpan sayur-sayuran, terdapat juga tips simpan daging dan ikan yang anda boleh praktikkan melalui perkongsian kami sebelum ini.
Selamat mencuba !
Sumber : Dr Hani Mynis