Sotong sudah sering kali digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Seperti mana-mana bahan dapur, ia perlu dibersihkan terlebih dahulu untuk disimpan dan dimasak.
Bagi mereka yang sudah terbiasa dengan tugas membersihkan sotong, sudah pasti akan menyedari jika terdapat kecacatan pada sotong yang sedang dibersihkan. Perkara itulah yang terjadi pada seorang pengguna laman TikTok, zaty.nak.ayam apabila menyedari sesuatu yang aneh pada sotong yang sedang dicuci.
Baru sahaja membeli sotong segar dari pasar, wanita itu membawanya ke sinki untuk dibersihkan. Rutin yang biasa buatnya, wanita itu bagaimanapun tersedar sesuatu yang aneh pada seekor sotong yang sedang dibersihkan.
Menemui bahagian sotong yang gelembung seperti jerawat, hal itu merupakan sesuatu yang tidak pernah dilihat buatnya. Setelah ditekan, bahagian yang gelembung itu telah pecah seperti jerawat dan mengeluarkan cecair. Risau, ia tidak digunakan dalam masakannya.
https://www.tiktok.com/@zaty.nak.ayam/video/7054816049853648154?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052513906526406145
@zaty.nak.ayamape tu😭♬ Oh no, oh no, oh no, no no – Hip Hop
Menjengah di ruangan komen, netizen berpendapat bahawa bahagian sotong yang gelembung merupakan jerawat. Jelas bergurau, ada juga berpendapat ia merupakan air ketumban.
Mungkin ada mana-mana pakar yang boleh menjelaskan mengapa bahagian sotong itu gelembung seperti jerawat. Hal itu memang jarang kelihatan. Seeloknya jika anda melihat sesuatu yang aneh, jangan disentuh dan dimasak. Sebaiknya kita elak sebarang perkara yang boleh memberi risiko pada kesihatan.
Kredit: TikTok zaty.nak.ayam
Baca Juga: “Nasib Baik Tak Suka Makan..” Terjumpa Cacing Dalam Telur Ikan, Wanita Ini Terus Hilang Selera