Bila sudah kehabisan barang di dapur, sudah tentu para ibu akan tergesa-gesa ke pasaraya untuk restock barangan. Membeli pelbagai barangan sehingga mencecah ratusan ringgit dalam satu pembayaran, sudah tentu mereka akan teliti supaya tidak membazir.
Namun begitu, hal yang tidak diduga juga akan terjadi. Sangat merugikan apabila barang dapur yang dibeli dengan harga yang mahal akhir sekali tidak boleh digunakan kerana mempunyai benda asing yang boleh merosakkan barang dapur yang lain. Penemuan sebegitu telah dikongsikan oleh seorang wanita di laman Facebook.
Terbaru, seorang wanita berkongsi penemuannya apabila baru sahaja sedang menyimpan barang-barang dapur yang baru sahaja dibeli. Sedang mengemas Beras Siam Wangi yang baru sahaja dibeli, wanita itu membuka seguni beras untuk dituangkan ke dalam bekas beras.
Namun begitu, wanita itu terhenti apabila menyedari benda ‘pelik’ dalam beras tersebut. Disentuh, wanita itu berasa hairan apabila beberapa butir beras melekat seperti tali. Risau jika dimakan, dia turut menanyakan samada ia masih selamat atau tidak untuk dimasak. Baru sahaja membeli beras tersebut, hal itu sangat merugikan buat dirinya.
Salam…nak tanya ni apa ya… ada dalam beras… saya beli beras siam wangi… tadi nk tuang dlm bekas beras, jumpa bnd ni… beras tu elok lagi tak… blh guna lagi ke tak??… first time jumpa…mcm sarang ape ntah… sayang pulak beras baru bukak…
Menjengah di ruangan komen, orang ramai menasihatkan supaya beras tersebut dibuang. Ini kerana ia merupakan sarang ulat yang boleh merosakkan bukan sahaja beras, malah tepung dan serbuk rempah yang lain.
Namun ada juga yang mencadangkan pada wanita itu untuk tidak membuang beras yang masih elok. Pernah terjumpa, mereka cuma buang ulat itu dan bersihkan beras yang elok dengan baik sebelum dimasak.
Jika meraguinya, seeloknya dibuang beras tersebut. Walaupun terpaksa membazir, yang penting kesihatan terjamin. Rugi hari ini tak mengapa, jangan rugi di hari nanti pula.
Kredit: Ain Rani via MATJHN OFFICIAL