Bersedekah merupakan satu amalan mulia yang sangat digalakkan. Bukan sahaja dalam ajaran agama Islam, ia turut ditekankan oleh semua agama kerana ia dapat memupuk sifat yang baik pada diri kita.
Terdapat pelbagai cara untuk kita bersedekah. Dengan wujudnya media sosial dan internet, orang ramai boleh melakukan ibadah tersebut melalui pelbagai tabung dan organisasi yang ada. Namun cara peniaga ini pula unik dan lain dari yang lain.
Terbaharu, seorang wanita kyrah_87 telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi satu penemuan yang sangat menghairankan buat dirinya.
Membeli sebungkus maggi goreng dari kedai makan berhampiran, wanita itu membawanya pulang untuk dimakan di rumah. Namun ketika baru sahaja mahu menjamahnya, dia menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada makanannya.
Dicari dalam maggi goreng, wanita itu terkejut dan hairan apabila menemui sehelai wang kertas bernilai RM10 yang telah diselit dalam plastik. Tak tahu apa yang perlu dilakukan, dia menyangka bahawa mungkin peniaga tidak sengaja meletakkan wang tersebut dalam makanannya.
@kyrah_87♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia
Namun di ruangan komen, ramai tampil untuk menjelaskan mengapa wang tersebut boleh berada dalam makanan itu. Menurut mereka, sekarang sudah menjadi trend peniaga untuk bersedekah dengan cara begitu.
“Rezeki sis tu.. Sekarang trend cara peniaga atau orang bersedekah pack duit dalam plastik dan letak dalam makanan.. Alhamdulillah..” olah pengguna Zara_Iskandar.
Setiap orang mempunyai cara sendiri untuk bersedekah dan berkongsi rezeki. Mungkin ini cara peniaga tersebut untuk melakukan amalan tersebut. Syukur dengan tindakan peniaga tapi seeloknya peniaga meninggalkan nota agar pelanggan tidak berasa keliru dan ragu untuk makan makanan itu.
Kredit: kyrah_87
Baca Juga: “Kau Tampar Muka Aku?!” – Asyik Kena Usik, Gadis Ini Nak Makan Nasi Pun Tak Tenang