Gaya hidup yang terlalu sibuk serta waktu berkerja yang pangjang menjadikannya sukar buat ramai untuk memasak di rumah. Tak sempat dan ingin meringankan beban, ramai yang lebih suka membeli di luar.
Namun, hal itu boleh mengundang padah. Selain memberi kesan pada kewangan, ada kalanya makanan yang dibeli mempunyai sesuatu yang tidak sesuai untuk dimakan. Kalau tertelan, perkara itu mungkin memudaratkan.
Terkini, seorang wanita, jintan_manis7, telah memuat naik sebuah video di laman media sosial untuk berkongsi penemuan yang sangat memeranjatkan buat dirinya. Mungkin tak sempat untuk memasak, dia telah membungkus sebekas Nasi Lemak bersama lauk-pauk lain seperti ayam goreng, telur dadar dan sambal sotong.
Ketika ingin menikmati makanan yang baru sahaja dibeli, wanita itu menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada hidangan tersebut. Memeriksanya secara lebih teliti, dia terkejut apabila menemui sesuatu yang aneh.
Dibelek, wanita tersebut hairan apabila mendapati seurat getah sedang terbelit pada secebis sotong yang diambil. Walaupun perkara itu membuatnya berasa keliru di pagi hari, namun wanita itu tetap mengabaikannya dan berjaya menghabiskan Nasi Lemak yang dibeli.
Menurutnya, boleh tahan juga rasa hidangan itu. Tak sia-sia pula beli, meskipun terjumpa sesuatu yang aneh pada mulanya.
https://www.tiktok.com/@jintan_manis7/video/7096688527756365083?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135651056696165890
@jintan_manis7 Pagi2 buat sis konpius.. 🤣🤣Tapi Nasi lemak dia shedapppp poh.. 🤭🤭🤭 #fyp #fypシ ♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – Shira Kun
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut berasa pelik melihat kejadian itu. Ujar seorang pengguna yang dikenali sebagai capang; mungkin peniaga itu tersalah letak getah itu. Niat nak bungkus nasi menggunakannya, akhirnya tersalah meletakkan di dalam sambal. Entah macam mana pula boleh terbelit sehingga begitu.
Sesiapa sahaja yang akan berasa keliru apabila menemui sesuatu yang sangat pelik di dalam makanan mereka. Oleh itu sebelum anda makan, janganlah terlalu gelojoh dan memeriksa makanan terlebih dahulu. Manalah tahu anda akan menemui sesuatu yang tak sepatutnya. Jadi berhati-hatilah!
Kredit: jintan_manis7
Baca Juga: “Ingat Aku Budak-Budak Ke?” – Pekerja Mamak Hulur Benda Percuma, Wanita Ini Berasa Hairan