Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Risau Tengok Anak Aktif Lain Macam, Bila Selongkar Peti Ais, Rupanya Ini Penyebabnya..

Risau Tengok Anak Aktif Lain Macam, Bila Selongkar Peti Ais, Rupanya Ini Penyebabnya..

Kategori:
ANAK-AKTIF-BUAT-M

Sebagai seorang ibu bapa, anda memainkan peranan yang besar dan penting dalam memastikan anak-anak di rumah dibesarkan secara baik. Bermula dengan pemakanan yang sihat, para ibu bapa perlu memastikan anak-anak mengamalkan diet yang seimbang untuk membesar dengan elok.

Namun begitu, banyak makanan yang dijual di pasaran mempunyai kandungan gula yang tinggi, tidak sesuai untuk diambil oleh anak-anak. Perlu dipantau,  ibu bapa bertanggungjawab untuk memeriksa makanan yang dibeli bagi mengelakkan anak-anak terkena sebarang masalah kesihatan.

Risau Tengok Anak Aktif Lain Macam

Di laman TikTok, seorang pengguna, misyayaaa91, memuat naik sebuah video. Risau tengok anak aktif lain setelah termakan ice pop baru-baru ini, wanita itu memilih untuk menyiasat puncanya.

Mencuba sendiri ice pop yang telah dibelinya, wanita itu bagaimanapun rasa terkejut dengan tahap kemanisannya yang melampau. Menyesal dan risau akan kesihatan anaknya, dia terus mengambil manisan itu dan dibuang di dalam sinki dapur.

https://www.tiktok.com/@misyayaaa91/video/7038632160730959131?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8FjqD%2BlzdlNqeuR3Rue5VhF%2F%2BuP4Ia1uuIdwBjeG6%2FoS2F7K4j06OYJheimHkQ%2FBrNbr677jzWotcgAv5GgA%3D&checksum=9bb596c4bfd547d4121574bc657dd6211325b4df7b05893b75aa93cb0d8637ce&language=en&mid=7038632187381533466&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0izk3jgf3hvhtWUIZjXnitVM9KEmOzDeIeY7gKOy_9VdHB7vSLHB1LyZyWSpnxqW&share_app_id=1180&share_item_id=7038632160730959131&share_link_id=6ff51df2-45c2-49c1-ad99-53f193a84aa5&source=h5_t&timestamp=1638857328&u_code=deefmbm423ifc3&user_id=6873278743792993282&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=telegram&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7014289098874471937

@misyayaaa91silap ibu 😢 ibu bapa lain plz alert !##terlampaumaniss ##hyperaktif ##bahaya ##fyp♬ bunyi asal – misYayaaa 🧚

Memang Manis

Menjengah di ruangan komen, majoriti warganet bersetuju bahawa ais krim itu terlampau manis. Malah setelah diberi pada anak-anak mereka, perkara sama juga terjadi. ANAK-AKTIF-BUAT-M

Buat Sendiri Lebih Bagus

Memandangkan ais krim yang dijual di pasaraya terlalu manis, ada juga segelintir warganet yang lebih suka untuk membuatnya sendiri dari rumah. Walaupun sedikit leceh, ianya lebih elok kerana boleh mengawal kuantiti gula yang digunakan. ANAK-AKTIF-BUAT-M

Sebagai ibu bapa, kita perlu lebih berhati-hati dan memeriksa setiap makanan yang dibeli agar ia tidak menjejaskan kesihatan anak-anak. Tak boleh bayang apa masalah kesihatan yang akan dialami oleh mereka jika sering mengamalkan manisan sebegitu.

Kredit: TikTok misyayaaa91

Baca Juga: Kenaikan Harga Sayur Memberi Impak, Peniaga Hanya Mampu Meluahkan Agar Pihak Atasan Dapat Membuat Tindakan

tags: