Takoyaki merupakan street food dari Jepun yang makin dikenali di Malaysia. Malah, jika dilihat sekarang, perniagaan Takoyaki sudah tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Pergi di mana-mana sahaja pasti ada gerai kecil yang menjual hidangan tersebut dengan pelbagai pilihan.
Namun begitu, ada sesetengah peniaga yang meniaga sambil lewa sehingga boleh membuat pelanggan berasa kecewa. Para peniaga tidak seharusnya mementingkan untung sehingga boleh menyebabkan pelanggan meragui apa yang dibeli.
Di laman TikTok, seorang pengguna, roromonroll, memuat naik sebuah video dan berkongsi sesuatu yang aneh dalam Takoyaki yang dibeli baru-baru ini.
Kelaparan, individu itu telah pergi membeli Takoyaki tersebut. Namun setelah menikmati beberapa biji, dia telah tergerak hati untuk periksa intinya. Alangkah terkejutnya apabila dia telah menemui benda aneh di dalamnya. Nampak seperti kaki sotong tapi dia berasa keliru kerana tidak terjumpa bahagian suction padanya. Perkara itu membuatnya berasa ragu.
https://www.tiktok.com/@roromonroll/video/7036684305975872795?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8PfDt6lxf2frXXHDkJ4qNLgqFwZJT%2FlwLPKFb4MNFyUFPLF0qa2zWm%2BdlQUn3dNrW3gZVByAAyPuAtpuJGgA%3D&checksum=87bb4000cc1d7ff98bc6bab8c0c840616d0e45cedea9609de9e314142283c37e&language=en&mid=6777674872861510405&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0izk3jgf3hvhtWUIZjXnitVM9KEmOzDeIeY7gKOy_9VdHB7vSLHB1LyZyWSpnxqW&share_app_id=1180&share_item_id=7036684305975872795&share_link_id=446f1299-3390-4682-b151-5c92fba01526&source=h5_t×tamp=1638372190&u_code=deefmbm423ifc3&user_id=6873278743792993282&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=telegram&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7014289098874471937
@roromonrollrupa dia macam tangan sotong tapi mana titik titik suction dia 😟♬ Hand breathing 5th form – Seasoning Senpai
Menjengah di ruangan komen, ada beberapa warganet yang berasa kecewa melihat rupa Takoyaki itu. Penggunaan tepung yang banyak dan isinya cuma sedikit, ada juga yang beberapa kali dikecewakan oleh para peniaga.
Tak pernah serius, ada beberapa warganet sempat lagi bergurau dan mengusik individu itu. Mungkin isinya adalah..
Harap apa yang ditemui adalah sotong dan bukannya benda lain kerana perkara itu boleh menyebabkan seseorang sakit dan trauma untuk mencuba makanan itu sekali lagi.
Walau apapun, semoga perkara ini boleh dijadikan peringatan buat para peniaga untuk meniaga dengan lebih teliti. Seharusnya kualiti makanan juga perlu dijaga bagi memastikan perniagaan kita sentiasa maju.
Kredit: TikTok roromonroll
Baca Juga: Niat Seorang Ibu Untuk Beri Kejutan Pada Anak Di Rumah Tidak Kesampaian Gara-Gara..