Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Terjumpa Binatang Seakan Parasit Dalam Isi Kerang, Wanita Ini Terus Hilang Selera Untuk Memasak

Terjumpa Binatang Seakan Parasit Dalam Isi Kerang, Wanita Ini Terus Hilang Selera Untuk Memasak

Kategori:
TERJUMPA BINATANG SEAKAN PARASIT

Kerang merupakan antara makanan laut yang amat digemari. Enak dimasak dalam pelbagai jenis resepi, seperti mana-mana makanan, ianya perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimasak. Ini kerana bagi menghindarkan sebarang kekotoran yang mungkin akan termakan.

Bukan sahaja pasir, malah terdapat parasit yang mungkin akan melekat pada kerang jika tidak dicuci dengan sebaiknya. Seperti yang terjadi pada seorang wanita, cassabellacurtains28, yang telah dikongsikan di laman TikTok.

Terjumpa Binatang Seakan Parasit

Sedang membersihkan kerang segar yang baru sahaja dibeli, wanita itu berasa pelik setelah diteliti, dia terjumpa binatang seakan parasit yang telah melekat pada isi kerangnya. Dilihat secara jelas, rupa binatang tersebut seakan-akan seekor ketam.

Namun oleh kerana perkara tersebut, wanita itu terus hilang selera untuk menggunakan kerang itu dalam masakannya walaupun ia masih lagi kelihatan elok dan segar untuk dimakan. TERJUMPA BINATANG SEAKAN PARASIT

@casabellacurtains28 Kalau suka mkn #kerang,, plz check,, tgk sampai habis tau! #fyp #SwishHealthyDance #infotiktok #infosharing #shell ♬ Intense Hollywood movie style trailer music – Shota Low Matsumoto

Kalau Termakan Mungkin Sakit Perut

Menurut penjelasan warganet, binatang tersebut merupakan sejenis ketam yang boleh dimakan. Namun, jika berbuat demikian, hal itu juga boleh menyebabkan sakit perut dan cirit birit bagi sesetengah orang. TERJUMPA BINATANG SEAKAN PARASIT

Kerang yang ingin dimasak perlulah dicuci sebaik mungkin sebelum ianya dimasak. Hal ini dapat menghapuskan sebarang haiwan dan anasir luar yang mungkin masih lagi terlekat. Berbuat demikian dapat memastikan ianya selamat untuk dimakan dan anda juga dapat mengelakkan sebarang masalah kesihatan yang akan berlaku.

Kredit: TikTok cassabellacurtains28

Baca Juga: “Senipis Iman Dia Potong..” Kecewa Dengan Nasi Goreng Sotong Yang Dibeli, Netizen Mohon Agar Peniaga Tidak Kedekut Dalam Meniaga

tags: