Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Nasib Baik Tak Suka Makan..” Terjumpa Cacing Dalam Telur Ikan, Wanita Ini Terus Hilang Selera

“Nasib Baik Tak Suka Makan..” Terjumpa Cacing Dalam Telur Ikan, Wanita Ini Terus Hilang Selera

Kategori:
CACING DALAM TELUR IKAN

Seperti mana-mana barangan mentah, telur ikan perlu dicuci sebaik mungkin sebelum dimakan. Tak cukup dengan hanya membilas dengan air paip dan limau nipis, anda perlu meneliti dan membuang cacing yang ada dalam telurnya bagi mengelakkan dari termakan.

Namun, ada juga sesetengah individu yang lalai dan tidak membuang haiwan parasit itu. Walaupun sudah dimasak dengan suhu yang sempurna untuk membunuh parasit tersebut, sesiapa sahaja akan berdiri bulu roma bila menemuinya. Hilang terus selera untuk makan, hal itu yang terjadi pada seorang pengguna laman Facebook, Rosmi Mie, yang telah dikongsikan di grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni (MATJHN) Official.

Terjumpa Cacing Dalam Telur Ikan

Seronok ingin menikmati telur ikan yang dibeli, wanita itu tergerak hati untuk membelahnya sebelum dimakan. Namun, apa yang ditemui amatlah memeranjatkan kerana telur tersebut dipenuhi dengan cacing yang belum lagi dibuang sebelum dimasak.

Terus hilang selera untuk makan, wanita itu bersyukur kerana dia masih lagi belum termakan telur ikan yang dipenuhi dengan cacing itu.

Terjumpa dlm telo ikan…nasib x mkn lg.

CACING DALAM TELUR IKAN CACING DALAM TELUR IKAN

Nasib Baik Tak Makan

Menjengah di ruangan komen, segelintir warganet berasa bersyukur kerana tidak menggemari telur ikan. Hal itu dapat mengelakkan dari tersalah makan cacing yang ada dalam telur ikan. CACING DALAM TELUR IKAN

Perlu Dicuci Sebaik Mungkin

Ada juga yang menasihati untuk membersihkan telur ikan sebaik mungkin sebelum dimasak. CACING DALAM TELUR IKAN

Sebelum ingin menjadikan telur ikan sebagai sesuatu hidangan, pastikan ia telah dibersihkan sebaik mungkin sebelum dimasak. Hal ini dapat mengelakkan sebarang masalah kesihatan jika termakan haiwan parasit tersebut.

Kredit: Rosmi Mie via MATJHN OFFICIAL

Baca Juga: Dekat Sirip Ikan Kerisi Ada ‘Saka Laut’, Wanita Ini Kongsi Petua Dan Tips Membuangnya Dengan Mudah!

tags: |