Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Terbantut Nak Masak..” Terjumpa Pes Asam Jawa Yang Sudah Naik Kulat, Wanita Ini Hairan Meskipun Tarikh Luput Masih Lama Lagi

“Terbantut Nak Masak..” Terjumpa Pes Asam Jawa Yang Sudah Naik Kulat, Wanita Ini Hairan Meskipun Tarikh Luput Masih Lama Lagi

Kategori:
PES ASAM JAWA NAIK KULAT

Setiap produk makanan yang dibeli perlulah disimpan sebaik mungkin. Hal ini bagi memastikan ia kekal lama dan tidak dicemari oleh bakteria-bakteria berbahaya yang boleh menjejaskannya. Apa jua barangan yang dibeli mempunyai kaedah penyimpanan masing-masing.

Produk makanan yang mudah rosak perlulah disimpan sebaik mungkin meskipun baru sahaja dibeli. Walaupun belum pernah digunakan, kuman dan bakteria akan merebak jika salah kaedah penyimpanannya. Hal itulah yang terjadi pada seorang pengguna laman Facebook, Mizs Eyka yang telah bernasib malang dan kerugian apabila pes asam jawa yang baru sahaja dibeli telah dinaiki kulat.

Pes Asam Jawa Naik Kulat

Baru sahaja ingin memasak, wanita itu beria untuk mencapai semua bahan-bahan yang perlu digunakan untuk menyediakan hidangannya. Namun, apabila memeriksa pes asam jawa yang baru sahaja dibeli, dia berasa terkejut apabila mendapatinya rosak dan ditumbuhi kulat.

Kecewa pes asam jawa naik kulat dan tidak dapat digunakan, niatnya untuk memasak di dapur terus terbantut. Namun, wanita itu hairan bagaimana hal tersebut boleh berlaku memandangkan barang itu baru sahaja dibeli dan tarikh luputnya masih lagi jauh.

The Real Of Masak Apa Tak Jadi Harini , Terbantut Nak Masak , Daging Masak Asam , Buka2 Mak Aii Berkulat Cuma Tak Tumbuh Cendawan Je Lagi…

Tarikh Luput Lambat Lagi Apa Punca Rosak Ya , Padahal Baru Buka , Kecewa Terpaksa La Tukar Menu Masakan Lain.

PES ASAM JAWA NAIK KULAT PES ASAM JAWA NAIK KULAT PES ASAM JAWA NAIK KULAT PES ASAM JAWA NAIK KULAT

Salah Cara Simpannya

Menjengah di ruangan komen, warganet berpendapat bahawa hal itu telah disebabkan oleh kaedah penyimpanan yang salah. Walaupun pes asam jawa itu baru sahaja yang dibeli, ia perlu disimpan sebaik mungkin bagi mengelakkannya dari cepat rosak. PES ASAM JAWA NAIK KULAT

Pastikan bila anda membeli sesuatu barangan, ianya berada dalam keadaan baik dan tidak mempunyai sebarang kerosakkan. Selain itu, pastikan anda menyimpannya mengikut arahan yang telah disediakan bagi mengelakkan pembiakan bakteria dan kuman.

Kredit: Mizs Eyka via MATJHN OFFICIAL

Baca Juga: “Makan Je..” Akibat Terlalu Lapar, Wanita Tak Perasan Roti Yang Dimakan Sudah Berkulat Undang Keresahan Warganet

tags: