Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Orang Buat Kuih Tu Tak Salah..”, Terkejut Dengan Rupa Karipap Frozen, Ramai Nasihat Jangan Membazir

“Orang Buat Kuih Tu Tak Salah..”, Terkejut Dengan Rupa Karipap Frozen, Ramai Nasihat Jangan Membazir

Kategori:

Makanan frozen atau sejuk beku antara makanan yang mudah didapati di pasaraya dan sangat memudahkan bagi mereka yang sibuk. Selalunya, ia hanya perlu digoreng setelah dikeluarkan dari peti ais, pelbagai pilihan makan sejuk beku boleh didapati. Antara pilihan terkenal adalah karipap frozen.

Selepas seharian berkerja, mestilah kita kelaparan. Jadi, antara makanan yang mudah untuk disediakan adalah karipap frozen. Namun, jangan tersalah simpan pula. Nanti terkejut melihat rupa karipap tersebut!

Bukak Fridge, Terkejut Melihat Karipap Frozen

Di laman Facebook, seorang pengguna memuat turun rupa karipap frozen yang dibelinya baru-baru ini. Setelah penat seharian berkerja, alangkah terkejut dibuatnya apabila melihat karipap tersebut. Jelas rupanya berbeza dari karipap yang lain, lelaki itu buntu untuk menggorengnya.

Balik kerja perut lapar buka fridge nampak karipap frozen..

Sekali buka plastik ini kejadian dia.. Camana agaknya nak goreng?

KARIPAP FROZEN

Warganet Nasihatkan Peniaga

Di ruangan komen, warganet berasa terkejut dengan apa yang terjadi. Malah, ada beberapa individu yang pernah ‘terkena’ dengan peniaga. Mereka turut menasihatkan peniaga untuk mengeluarkan produk tersebut dengan lebih teliti supaya perkara seperti ini tidak berulang.

KARIPAP FROZEN

Mungkin Cara Simpanannya Yang Salah

Namun, ada juga seorang individu yang tampil mempertahankan para peniaga. Menurutnya, peniaga tersebut tidak salah tapi cara penyimpanan karipap frozen oleh lelaki itu yang salah.

KARIPAP FROZEN KARIPAP FROZEN

Jangan Membazir, Makanan Itu Masih Lagi Boleh Dimakan

Tambah beberapa warganet, meskipun rupa karipap frozen itu pelik, lelaki itu dinasihati supaya tidak membazir kerana ianya masih lagi boleh dimasak untuk dimakan.

KARIPAP FROZEN KARIPAP FROZEN

Mungkin ada betulnya dari nasihat warganet. Walaupun rupanya sudah tidak menyelerakan tapi tak salah jika kita menggorengnya untuk dimakan jika ianya masih lagi elok dari aspek yang lain.

Selain itu, makanan frozen juga mempunyai cara penyimpanannya yang tersendiri bagi memastikannya ia masih lagi elok untuk dimakan. Sebaiknya kita ketahui caranya terdahulu.

Kredit: Putra Aiman via MATJHN OFFICIAL

Baca Juga: “Beranak Tak Lepas Ni..” Warganet Keliru Melihat Rupa Ayam Istimewa, Sampai Takut Nak Makan.

tags: |