Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Normal Ni..”, Terkejut Melihat Senarai Barangan Dapur Yang Dibeli Emak, Sekali Beli RM800 Dah Melayang!

“Normal Ni..”, Terkejut Melihat Senarai Barangan Dapur Yang Dibeli Emak, Sekali Beli RM800 Dah Melayang!

Kategori:
barangan dapur

Setiap bulan, sudah tentu para ibu akan ke pasaraya untuk mendapatkan barangan keperluan rumah dan dapur. Oleh kerana perlu membeli banyak barangan, hal itu memakan perbelanjaan yang besar.

Memandangkan banyak yang perlu dibeli, seharusnya senarai barangan dapur perlu disediakan sebelum membeli bagi elakkan pembaziran. Namun walaupun para ibu telah mencuba sebaik mungkin untuk berjimat-cermat, barangan yang perlu dibeli serta harga yang mahal tidak dapat elakkan para ibu dari berbelanja secara berlebihan dan di luar budget yang telah ditetapkan. Hal seperti itu yang terjadi pada seorang wanita yang telah dikongsikan di laman Facebook.

Senarai Barangan Dapur Yang Mengejutkan, Habis RM800!

Seorang wanita, Nurul Adlinna berkongsi satu pengalaman lucu yang baru sahaja terjadi padanya baru-baru ini. Menemani ibunya ke sebuah pasaraya, mereka ke sana kerana ingin membeli barangan dapur.

Namun setelah seharian membeli, wanita itu terkejut apabila melihat barangan yang telah dibeli dan harga yang telah mencecah RM800. Walaupun wanita itu hairan mengapa ibunya berbelanja dengan banyak sekali, dia tetap akur dan senang kerana dapat menemani ibunya.

Hurmm…yang ni bukan masak apa tak jadi..
Tapi tak tau nak masak apa kalau list dah panjang macam ni😅
Rasanya kalau diri sendiri beli brg dapur dah banyak dah..tapi kali ni bawak mak sekali rupanya lagi banyak😅
Tak taula tahan berapa lama😁
#sebabsayasayangmak
barangan dapurbarangan dapur

Normal Ni..

Menjengah di ruangan komen, hal itu mungkin mengejutkan wanita itu tapi ianya bukanlah sesuatu yang baru. Dengan harga barangan yang semakin mahal, sudah tentu pengguna akan menghabiskan banyak wang untuk membeli barang. barangan dapur barangan dapur
Kalau yang biasa membeli barangan dapur, hal ini bukannya sesuatu yang asing. Sekali belanja sudah tentu akan mencecah ratusan ringgit. Bila membeli, pastikan gunakan barangan yang dibeli untuk elakkan pembaziran.
Kredit: Nurul Adlinna via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni (MATJHN) Official
tags: