Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ternakan Udang Galah Gagal Di Jual & Akan Mengalami Kerugian Hampir RM150 Ribu!

Ternakan Udang Galah Gagal Di Jual & Akan Mengalami Kerugian Hampir RM150 Ribu!

Kategori:
kerugian udang galah

Kini sudah memasuki fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Pastinya ramai pihak yang mengalami kerugian semenjak pertama kalinya Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan pada awal tahun 2020. Antara pengusaha yang bakal mengalami kerugian yang tinggi adalah pengusahan kolam ternakan udang galah.

Penternak udang galah untuk tujuan rekreasi yang dikenali dengan nama Wong Put Long ini sudah mengusahakan kolam ternakan udang galah sejak lebih 20 tahun di Kampung Renal, mengakui perniagaannya terjejas teruk.

Tiada kebenaran beroperasi

Tiada kebenaran beroperasi bagi pengusahan kolam pancing udang galah dan ikan antara punca pendapatannya merosot mendadak.

Jika sebelum ini dia akan membekalkan udang galah untuk pengusaha kolam memancing namun udang galah diternak gagal dijual sejak larangan aktiviti rekreasi (memancing ) ketika PKP 3.0.

Walaubagaimanapun Wong Put Long masih perlu menampung kos selenggara kolam dan selain membeli makanan udang yang semakin mahal iaitu RM135 bagi setiap 25 kilogram.

Wan Put Long mempunyai kira-kira 13 kolam ternakan udang dengan 6 kolam berisi dua tan udang galah sudah sedia dipasarkan.

Katanya dia bakal menanggung kerugian sehingga RM150,000 sekiranya udang-udang berkenaan gagal dipasarkan.

Baca juga : Resepi Ringkas Udang Goreng Tumis, Dapat Ni Tak Pandang Lauk Lain Dah, Paling Sedap!

tags: