Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Rasa Out Terus!” Terpaksa Buang Seperiuk Kuah Asam Pedas, Peniaga Ini Harap Pekerja Lebih Berhati-Hati

“Rasa Out Terus!” Terpaksa Buang Seperiuk Kuah Asam Pedas, Peniaga Ini Harap Pekerja Lebih Berhati-Hati

Kategori:
KUAH ASAM PEDAS

Menjalankan sebuah perniagaan kedai makan bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangka. Memandangkan terdapat banyak saingan pada masa sekarang, para peniaga perlu sentiasa mementingkan kebersihan, perkhidmatan dan kualiti makanan dan minuman yang ditawarkan.

Jika penyediaan makanan diambil sambil lewa, hal itu akan merosakkan kualiti makanan sekaligus menyebabkan pelanggan berasa tidak berpuas hati. Oleh itu, para peniaga perlulah berwaspada dan sentiasa memantau pekerja-pekerja yang sedang memasak.

Kadang-kadang mereka tidak sedar dengan kesalahan kecil sebegitu dan sebagai seorang majikan, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menegur kesalahan itu dan bantu mereka memperbaiki diri. Hal itulah yang dilakukan oleh seorang pengguna laman TikTok, asampedasdtaman.

Kuah Asam Pedas Tak Menjadi, Peniaga Berharap Pekerja Lebih Berhati-Hati

Seperti biasa, peniaga itu akan melakukan penyediaan makanan sebelum membuka perniagaan mereka. Ianya dilakukan oleh pekerja yang telah dilatih di dapur. Namun, peniaga itu sudah tentu akan memeriksa kualiti makanan yang dimasak sebelum dijual pada pelanggan.

Apabila memeriksa kuah asam pedas yang disediakan, peniaga tersebut berasa hairan apabila terbau bau cili yang kuat darinya. Menyedari kecuaian pekerjanya, akhirnya seperiuk kuah asam pedas terpaksa dibuang.

Walaupun menghadapi sedikit kerugian, peniaga itu tidak memarahi pekerjanya. Malah, dia berharap agar hal ini menjadi satu pengajarannya buatnya supaya bertugas dengan lebih teliti dan bertanggungjawab. KUAH ASAM PEDAS

@asampedasdtaman Asam garam perniagaan..#CapCut #myfoodie #fyp ♬ bunyi asal – ku punya hati – 💕ManjE💕

Kenapa Dibuang?

Menjengah di ruangan komen, segelintir warganet kurang bersetuju dengan tindakan peniaga itu yang telah membuang kuah asam pedas tersebut. Mereka turut cadangkan beberapa cara untuk membaiki kuah itu. KUAH ASAM PEDAS KUAH ASAM PEDAS

Kualiti dalam penyediaan makanan sangatlah penting bagi sebuah kedai makan. Pekerja perlulah sentiasa menjaga piawi yang telah ditetapkan agar tidak menjejaskan nama baik perniagaan dan majikan.

Kredit: TikTok asampedasdtaman

Baca Juga: “Tak Sanggup Tengok Anak-Anak Makan Sikit..” Tak Mampu Belanja Keluarga Mewah-Mewah, Netizen Ingin Hulurkan Bantuan

 

tags: |