Sebut sahaja mengenai restoran KFC, sesiapa sahaja sudah mengenalinya. Di Malaysia, KFC merupakan antara restoran makanan segera yang amat terkenal dan sering dikunjungi. Menghidangkan ayam goreng yang menggunakan rempah rahsia, ia sudah memiliki branding dan nilai yang teramat tinggi di pasaran.
Oleh itu apa sahaja berkaitan dengan KFC sudah tentu direbut orang ramai. Jika mengeluarkan apa sahaja barangan limited edition, orang ramai akan berebut untuk mendapatkannya. Malah ada juga yang menyimpan bekas plastiknya untuk kegunaan lain.
Seorang lelaki telah ke sebuah majlis kenalan dan teruja bila menerima satu beg yang telah diisi dengan pelbagai buah tangan. Diperiksa, dia makin gembira apabila menemui door gift KFC di dalam begnya.
Namun apabila dibuka, lelaki itu berasa kecewa dan seperti telah ditipu kerana bukan kentang putar atau sayur coleslaw KFC yang dia dapat tapi aneka kacang. Barangkali tuan punya majlis ingin berjimat-cermat dan menggurangkan kos, dia telah memilih untuk menggunakan bekas plastik KFC yang ada di rumah. Dari dibuang, lebih baik kitar semula dan digunakan di majlis itu.
@suadeif KFC punya menu baru ke memang kena scam ni? 😂 #fyp #fypシ #foryoupage #goodies #kendurikahwin
@suadeif KFC punya menu baru ke memang kena scam ni? 😂 #fyp #fypシ #foryoupage #goodies #kendurikahwin ♬ Selamat Pengantin Baru – Anita Sarawak
Menjengah di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok pula, orang ramai jelas terhibur melihat perkara yang telah dikongsikan oleh lelaki itu. Malah, ada juga yang berasakan bahawa tuan majlis itu sangat kreatif dan tidak membazir kerana telah mengguna semula bekas plastik KFC yang ada di rumah.
Semestinya sesiapa sahaja berasa teruja apabila mendapat bekas KFC. Tapi janganlah ingat dapat kentang putar atau sayur coleslaw pula, takut nanti kecewa pula. Ingat dapat yang itu tapi akhirnya dapat jajan lain pula. Tapi bagus juga idea tuan rumah itu, kan? Bekas-bekas KFC yang ada di rumah boleh diguna semula untuk dijadikan door gift, boleh recycle dan sangat menjimatkan kos majlis.
Kredit: TikTok suadeif
Baca Juga: Pelanggan Bengang Sebab Dapat Nasi Goreng Basi, Mohon Peniaga Meniaga Dengan Lebih Elok & Ikhlas