Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Teruk Kena Maki Pelanggan Akibat Salah Lokasi, Rider GrabFood Ini Buat Laporan Polis Demi Maruah Rider Yang Lain

Teruk Kena Maki Pelanggan Akibat Salah Lokasi, Rider GrabFood Ini Buat Laporan Polis Demi Maruah Rider Yang Lain

Kategori:
Teruk Kena Maki Pelanggan

Demi mencari rezeki yang Halal, ramai yang memilih untuk mengisi masa yang lapang dengan melakukan perkhidmatan penghataran makanan di bawah jenama besar seperti Foodpanda, Grab, ShopeeFood dan banyak lagi.

Bekerja tanpa mengira waktu, cuaca atau risiko di jalan raya, pekerjaan itu juga turut mempunyai cabarannya. Namun boleh dikatakan rintangan terbesar buat para rider adalah pelanggan yang biadab.

Teruk Kena Maki Pelanggan Akibat Salah Lokasi, Rider GrabFood Ini Buat Laporan Polis Demi Maruah Rider Yang Lain

Tular di media sosial, seorang rider minyakhitamjalanan telah memuat sebuah video dan berkongsi pengalaman pahitnya bila berurusan dengan pelanggan yang biadab sewaktu bertugas.

Menurutnya, pelanggan tersebut telah memberi lokasi penghantaran yang salah dan menyebabkannya tercari-cari selama satu jam. Bila dihubungi, pelanggan tersebut sebaliknya menyuruhnya menyelesaikannya sendiri. Teruk Kena Maki Pelanggan

Bila akhirnya ditemui, rider itu hanya mengharapkan maaf dari pelanggan tersebut tapi lain pula jadinya.

Akhirnya bertemu, pelanggan itu sebaliknya memarahi rider itu dan angkuh, gara-gara bekerja di bawah syarikat yang merupakan rakan Grab. Tambahan, dia juga akan melaporkannya pada pihak Grab agar rider itu dikenakan tindakan. Teruk Kena Maki Pelanggan

Sebaliknya, rider itu tidak gentar dan mencabar pelanggan tersebut.

https://www.tiktok.com/@minyakhitamjalanan/video/7145727496476970267?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135651056696165890

@minyakhitamjalananDia bagi salah location dgn grabfood.. Aku dah sampai location dia cakap kau tak pandai cari sediri ke.. Aku dah cari satu jam.. Dia sampai2 je dia marah aku depan org ramai dia ingt aku takde hati ke ape… Lepas dia nak cakap dia boleh buat aku hilang kjer plk tu..♬ bunyi asal – minyakhitamjalanan

Laporan Telah Dilakukan & Rider Serah Pada Pihak Berkuasa, Hanya Mohon Ucapan Maaf

Susulan dari kejadian itu, rider tersebut telah lakukan satu laporan polis.

Bila ditemubual oleh pihak MStar, niat dia melakukan laporan itu bukanlah untuk meraih perhatian atau simpati tapi demi memelihara maruahnya yang sudah tercalar akibat cacian pelanggan tersebut.

Jelasnya, meskipun dia mencuba sebaik mungkin untuk menjelaskan situasi pada pelanggan, sebaliknya dia pula yang disalahkan.  Teruk Kena Maki Pelanggan

Tambahnya juga, ini pertama kali dia berurusan dengan pelanggan sebegini yang menyalahkan rider atas kesalahan diri sendiri.

Setelah melakukan laporan, rider itu hanya mampu berserah pada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Dia juga menasihati para rider yang lain untuk tidak membiarkan para pelanggan mencaci maruah mereka sesuka hati gara-gara pekerjaan mereka. Teruk Kena Maki Pelanggan

Akhirnya, dia hanya meminta pelanggan tersebut tampil memohon maaf padanya secara langsung kerana telah memalukannya di khalayak ramai.

Bila ditanya lagi mengenai kesan dari kata-kata kesat pelanggan tersebut, dia kelihatan sedih dan menjelaskan, “Saya pun terkesan jugaklah. Kita dah hantar makanan dia, dia cakap kita tak boleh pakai lah, apa lah semua dari mulut dia. Saya balik rumah, saya sedih tengok anak bini. Kalau esok saya kena gantung Grab ke apa ke, macam mana? Punca saya cari rezeki macam ni je. Siapa nak bela nasib rider macam kami ni? Kami mencari kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kalau tak ada order, kami duduk tepi jalan sorang-sorang.”.

https://www.tiktok.com/@dahliamaz/video/7146184932044360987

@dahliamaz Inilah nasib food rider,pelbagai karenah pelanggan & pelbagai arahan, kita ikutkn.Rider pun manusia, cari rezeki.Pelanggan sila PIN LOCATION TEPAT & LETAK NOTE.#fypシ #foryoupage #tiktokmalaysia #masukberanda ♬ original sound – DahliaMaz

Pelanggan tak semestinya selalu betul, jika salah seharusnya kita meminta maaf dan turunkan ego. Semoga segala urusan abang rider itu dipermudahkan dan dia mendapat keadilan yang sewajarnya.

Kredit: minyakhitamjalanan, dahliamaz

Baca Juga: “Dia Tak Fikir Ke?” – Penduduk Buang Sisa Makanan Sesuka Hati Belakang Ofis, Pekerja Ini Geram

 

tags: | |