Berikutan penularan wabak Covid-19 yang semakin menular di Malaysia, Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.

Hal ini untuk mengurangkan aktiviti keluar masuk orang ramai supaya untuk keselamatan rakyat.

Namun, berita ini menjadi kerunsingan kepada sebahagian dalam kalangan suami yang tidak mahir dalam membeli barangan dapur. Mereka kebiasaannya tercari-cari dan keliru dengan senarai barangan yang disediakan oleh isteri ketika sedang membeli.

Sehingga ke hari ini, kita masih dapat lihat di media sosial terdapat pelbagai karenah lucu si suami ketika sedang membeli barang dapur.

Tesco sediakan gambar panduan barang dapur

Tesco, sebuah rangkaian pasaraya terbesar negara telah mengambil inisiatif menyediakan gambar rajah sebagai panduan kepada suami yang membeli di sana.

Dengan terjemahan 3 bahasa, mudah difahami

Panduan ini telah dihebahkan melalui Facebook rasmi Tesco sendiri dan dilengkapi dengan terjemahan dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris.

Semoga panduan ini membantu para suami di luar sana!

Sumber: Tesco Malaysia

Baca juga: Adakah Kita Berisiko Untuk Dijangkiti COVID-19 Melalui Sayuran Dan Barang Basah?

(This post has been visited 501 times!)