Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Buat Tetamu Majlis Suspen, Pihak Pengantin Hidang Kek Gantung Unik & Sukar Untuk Dipotong

Buat Tetamu Majlis Suspen, Pihak Pengantin Hidang Kek Gantung Unik & Sukar Untuk Dipotong

Kategori:
kek gantung

Setiap pasangan pengantin mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang istimewa dan diingati ramai. Oleh itu, pelbagai perancangan yang perlu dilakukan untuk menjayakannya. Dan ada juga yang menyunting majlis mereka dengan menambah twist tersendiri.

Ada yang memakai busana pengantin yang menarik, menyajikan hidangan istimewa dan rare untuk tetamu dan ada pula yang memasang dekorasi tema lain dari yang lain. Tapi di majlis perkahwinan ini pula, pihak pengantin memilih untuk menyediakan kek unik yang buat tetamu berasa suspen.

Buat Tetamu Majlis Suspen, Pihak Pengantin Hidang Kek Gantung Unik & Sukar Untuk Dipotong

Mengunjungi sebuah majlis perkahwinan kenalan terdekat, seorang lelaki caraguna sedang menikmati suasana majlis tersebut sambil menjamu hidangan yang disajikan pihak pengantin.

Selesai sahaja menghabiskan nasi minyak dan gulai, dia terasa ingin sesuatu yang manis dan mengidam bila melihat kek pengantin yang dihidangkan. kek gantung

Ingin merasainya, dia mengambil pisau kek untuk memotong kek tersebut tapi bergelut gara-gara kek itu digantung tinggi, bergoyang ketika ingin dipotong. kek gantung kek gantung

Sukar untuk dipotong, kek itu membuatnya dan mungkin tetamu yang lain berasa sangat suspen kerana jika tersalah, ia boleh tumbang dan rosak.

https://www.tiktok.com/@caraguna/video/7135820399023000858?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@caraguna cake suspen #cake ♬ suara asli – Eriss – ERISS

Meninjau di ruangan komen, orang ramai pula terhibur melihat gelagat lelaki itu ketika sedang bersusah-payah memotong kek itu. Perlu struggle kerana takut tumbang, riak wajahnya sangat kelakar.

Tambahan, rekabentuk dan cara hidangan kek tersebut turut menarik minat ramai.

Kek Unik, Orang Ramai Terhibur kek gantung

Anda pernah tak menghadiri mana-mana majlis yang mempunyai unsur-unsur unik sebegini? Memang kreatif pihak majlis kerana menyediakan kek gantung yang sukar untuk dipotong. Rasa suspen pula tetamu nak mengambilnya, berdebar takut jatuh kek, boleh dapat malu di majlis tersebut.

Kredit: caraguna

Baca Juga: Hanya Perlu 6 Bulan Untuk Kuasai Bahasa Malaysia, Mat Salleh Ini Pilih Untuk Tinggal Di Sini Sambil Jual Langos Hingga Laku Keras

tags: | | | | |