Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Thailand Halal Food Festival Tak Dapat Banyak Sambutan, Ramai Yang Kecewa Lepas Ke Sana

Thailand Halal Food Festival Tak Dapat Banyak Sambutan, Ramai Yang Kecewa Lepas Ke Sana

Kategori:
Thailand Halal Food Festival Tak Dapat Banyak Sambutan

Malaysia Thailand Halal Food Festival dianjurkan bagi memaparkan pelbagai jenis makanan Thailand yang Halal dan selamat untuk dimakan. Berlangsung di beberapa lokasi di seluruh Malaysia, ia juga memberi peluang pada peniaga tempatan untuk meniaga di tapak festival tersebut.

Tiap kali ke sana, pasti keadaan akan menjadi sesak dengan orang ramai yang berebut-rebut bagi mendapatkan pelbagai jenis street food Thailand seperti Somtam, Kerabu Maggi, Pulut Mangga dan banyak lagi.

Namun akhir-akhir ini, ramai yang melaporkan bahawa festival itu tidaklah semeriah seperti dahulu.

Thailand Halal Food Festival Tak Dapat Banyak Sambutan, Ramai Yang Kecewa Lepas Ke Sana

“Korang nak pergi Thailand Food Festival? Lupakan jelah.”, itulah komen nursyahrinadaud yang telah ke sebuah Thailand Halal Food Festival yang berlangsung baru-baru ini.

Mengunjungi ke sana bagi mendapatkan aneka makanan street food Thailand, wanita itu bagaimanapun kecewa setelah melihat makanan yang dijual. Thailand Halal Food Festival Tak Dapat Banyak Sambutan

Walaupun sesak dengan orang ramai dan pelbagai pilihan, dia tidak berminat untuk mencuba mana-mana makanan dan minuman yang dijual di situ atas beberapa sebab tertentu. Thailand Halal Food Festival Tak Dapat Banyak Sambutan

@nursyahrinadaud Korang nak pergi thailand food festival? Lupakan jelah 😿 #thailand #thailandfoodfestival #makanthailand #kipmall #sepang #thailand🇹🇭 ♬ Rumah Singgah – Fabio Asher

Menjengah di ruangan komen, orang ramai yang pernah mempunyai pengalaman di Thailand Halal Food Festival turut berkongsi pendapat masing-masing mengapa ramai yang tidak membeli di sana.

“Dekat area rumah ni sendu je. Ramai lalu dair singgah membeli. Harga mahalnya , tak sanggup nak singgah beli.”, jelas CtPinky84.

Manakala kongsi Tyea Arshad; “Pernah dua kali pergi dan dua kali cirit birit meletop-letop bersepah-sepah hahahaha, insaf.”.

Harga & Kebersihan Menjadi Faktor Utama Mengapa Ramai Elak Festival Itu  Thailand Halal Food Festival Tak Dapat Banyak Sambutan Thailand Halal Food Festival Tak Dapat Banyak Sambutan

Jika dilihat, harga yang mahal, pilihan yang terhad serta kebersihan menjadi penyebab utama mengapa ramai yang tidak begitu meriah untuk ke Thailand Halal Food Festival yang sedang berlangsung.

Namun, janganlah kita terus berpaling tadah dan seharusnya kita memberi peluang pada peniaga-peniaga kecil di sana.

Kredit: nursyahrinadaud

Baca Juga: Rider Sanggup Sidai Pelanggan Selama 30 Minit Gara-Gara Nak Ajar Abang Ini Teknik Betul Semasa Memancing

 

tags: | | |