Jadual pekerjaan yang tidak menentu bagi para rider telah memberi mereka peluang untuk bekerja pada waktu yang fleksibel. Bahkan pada lewat malam, masih ada segelintir rider yang masih lagi sibuk menghantarkan makanan kepada pelanggan.
Perkara itu telah menjadi kebiasaan buat mereka dan bila sentiasa berurusan dengan pelbagai individu, mereka juga akan berhadapan dengan situasi yang cemas dan tidak diduga. Hal itu boleh membuat mana-mana orang berasa panik tapi memandangkan segelintir para rider ini sentiasa bersedia, mereka tahu cara untuk menguruskan situasi sebegitu.
Kecoh di sekitar taman perumahan, seorang rider baru sahaja menghadapi situasi cemas apabila dihampiri oleh seorang wanita yang berusia. Sedang menghantar makanan pada pelanggan yang tinggal berdekatan, rider itu disekat oleh seorang makcik yang disangka pelanggannya.
Namun, makcik itu menjelaskan bahawa dia sedang mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan. Tanpa berfikir pangjang, dia terus menelefon pihak ambulans bagi mendapatkan bantuan bagi wanita itu.
Bagi memastikan makcik itu selamat dan tiada hal yang tidak diingini berlaku, rider tersebut sanggup menunggu sehingga ambulans sampai. Setelah ia tiba, barulah rider itu beredar dari tempat kejadian.
@kasihbonda85 Terbaik Bro Foodpanda👍
@kasihbonda85Terbaik Bro Foodpanda👍♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน – AnAn (อันอัน)
Menjengah di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai turut berasa kagum dengan segelintir rider yang tidak keberatan untuk memberi bantuan. Bahkan bila ada detik cemas di jalan raya, merekalah antara yang pertama akan memberikan bantuan.
Walaupun wanita itu bukanlah kenalan tapi rider tersebut tidak keberatan untuk membantu. Tak berkira, dia juga memastikan wanita tersebut mendapatkan bantuan sebelum meninggalkannya. Hal itu membuktikan bahawa dia merupakan seseorang yang sangat bertanggungjawab. Semoga sikapnya menjadi contoh yang baik buat kita semua.
Kredit: kasihbonda85
Baca Juga: Kehabisan Coleslaw, Pihak KFC Cuba Gantikan Dengan Menu ‘Baru’ Ini Pula. Ramai Tampil Kecewa