Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Gara-Gara Mengidam Jeruk Mangga, Tindakan Pemandu Ini Telah Menyusahkan Orang Lain & Menyebakan..

Gara-Gara Mengidam Jeruk Mangga, Tindakan Pemandu Ini Telah Menyusahkan Orang Lain & Menyebakan..

Kategori:
TINDAKAN PEMANDU

Sebelum ini, pihak berkuasa pernah memberi amaran bahawa aktiviti penjualan di persimpangan lampu isyarat adalah tidak dibenarkan sesama sekali. Bukan sahaja penjaja, malah pembeli turut boleh dikenakan saman sebanyak RM 2,000.

Perkara itu dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa bagi menggelakkan kemalangan atau perkara yang tidak diingini menimpa pada peniaga dan pemandu jalan raya yang lain. Namun, aktiviti itu masih lagi berlaku meskipun undang-undang itu telah diberkuatkuasa.

Tindakan Pemandu Tidak Bertanggungjawab, Akhir Sekali..

Tular di laman Facebook baru-baru ini, sebuah rakaman dash cam memamaparkan tindakan pemandu Proton Waja yang telah berhenti secara mengejut di tengah jalan raya yang sibuk.

Dikongsikan oleh seorang pengguna Da Vid di group Bukit Mertajam Facebook, pemandu Proton Waja dalam video itu telah bertindak secara tidak bertanggungjawab semata-mata untuk membeli jeruk mangga oleh seorang penjaja. Tindakannya telah mengakibatkan dua atau lebih kenderaan di belakangnya berlanggar.

Meskipun pemilik rakaman dash cam itu berjaya memberhentikan kenderaannya dari melanggar kereta Waja itu, keretanya bagaimanapun berganjak sedikit, kemungkinan impak dari kemalangan dengan kereta dari belakang.

Tidak menghiraukan tindakannya, pemandu Waja itu terus sahaja meninggalkan tempat kejadian setelah mendapatkan jeruk mangga.

TINDAKAN PEMANDU

(Gambar kejadian)

Laporkan Pada Pihak Berkuasa

Menjengah di ruangan komen, jelas tindakan pemandu Proton Waja itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan warganet. Mereka menggesa agar mereka yang terlibat untuk melaporkan kejadian itu pada pihak berkuasa agar dikenakan tindakan. TINDAKAN PEMANDU

Semoga si pelaku dapat tampilkan diri dan bertanggungjawab atas tindakan yang telah dilakukan. Walaupun teringin jeruk mangga pun, janganlah sampai menyusahkan orang lain sehingga boleh menyebabkan kemalangan.

Kejadian ini juga boleh dijadikan pengajaran pada kita semua agar lebih berhati-hati dan toleransi dengan pemandu lain. Jangan pentingkan diri sendiri dan bertindak seperti pemandu Proton Waja itu.

Tonton video kejadian itu di sini.

Kredit: Da Vid

Baca Juga: “Selalu Berjasa..”, Grab Cari Abang GrabFood Yang Bersungguh Bantu Selamatkan Pemandu Hilux Yang Pitam

 

tags: |