Minat dalam bidang masakan bukan sahaja ada pada kaum wanita, malah lelaki sekarang turut mempunyai minat yang mendalam untuk memasak di dapur.
Bagi mereka yang minat untuk memasak, perlulah sentiasa rajin ke dapur dan mengasah kemahiran tersebut. Ibu bapa pun perlu menyokong minat anak-anak. Jika mereka ingin memasak, jangan dihalang.
Anak-anak memerlukan pemerhatian yang teliti ketika di dapur. Ini bukan sahaja dapat mengelakkan sebarang kecelakaan, tapi turut untuk memastikan sebarang ‘tragedi’ tidak berlaku.
Sebuah ‘tragedi’ telah menimpa seorang ibu selepas meninggalkan anak lelakinya seorang diri untuk memasak di dapur. Kejadian tersebut telah dikongsikan oleh Sue Haiza baru-baru ini di Facebook.
Menurutnya, perkara tersebut terjadi setelah dia membenarkan anaknya untuk menyediakan burger setelah ketandusan idea untuk menyediakan makanan buat keluarga. Setelah anaknya meninggalkannya untuk ke dapur, dia mengambil peluang tersebut untuk berehat sekita.
Uminya xjadi masak. Anak teruna masuk dapur. Dia bg thu nk msk bger. Uminya rest je la dpn tv. Dok xlama.. dihidangnya kita burger ni. Siap jelir lidah lg kt kita oii alah..sehari je umi xjadi masak. Hari lain masak kot.. smpai hati ko buger sabar je la.. sib baik ko sedap. Abis sebiji ..Alhamdulillah.. kyg umi.
Namun, tak lama selepas itu, anaknya muncul bersama hasil yang amat mengejutkan. Melihat burger menarik yang dihiasi dengan sos berlebihan di seluruh burger tersebut, dia tak dapat menahan diri daripada merasa terhibur.
Tambahnya, meskipun rupanya tidak seberapa, dia sanggup mencuba hasil anaknya. Nasib baik sedap dan menjadi, ini bukan sebuah ‘tragedi’ rupanya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat hasil masakan anak wanita tersebut. Walaupun rupanya agak kurang cantik, namun yang penting rasanya tetap sedap untuk dimakan.
Buat para ibubapa, lain kali sila berhati-hati ketika meninggalkan anak untuk memasak seorang diri. Takut lagi pelik hasil air tangan mereka. Pelik tak mengapalah, yang penting sedap, kan? Nanti lama-lama mesti makin cantik.
Kredit: Sue Haiza via MATJHN Official
Baca Juga: “Mana Datang Bau Ni..?” Wanita Ini Tinggalkan Anak Bersendirian Di Rumah, Ini Pula Jadinya..