Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Ingatkan Alien Tadi..” Tinggalkan Kubis Dalam Peti Ais, Wanita Ini Terkejut Melihat Kejadian Seterusnya

“Ingatkan Alien Tadi..” Tinggalkan Kubis Dalam Peti Ais, Wanita Ini Terkejut Melihat Kejadian Seterusnya

Kategori:
TINGGALKAN KUBIS DALAM PETI AIS CANTIK

Untuk menjimatkan waktu dan wang, pasti kita akan membeli bekal barang dapur untuk sebulan terus. Mudah dan tak perlu berulang beberapa kali ke pasar, perkara itu amat menjimatkan.

Namun begitu, tak semua bahan dapur sesuai untuk disimpan terlalu lama, meskipun disimpan dalam peti ais. Ada sesetengah bahan akan cepat rosak jadi seeloknya digunakan secepat mungkin bagi memastikan ia masih lagi elok dan sesuai untuk dimakan.

Tinggalkan Kubis Dalam Peti Ais, Tengok-Tengok..

Di laman Facebook, seorang wanita, Ida Malida, memuat naik sebuah gambar dan berkongsi kejadian aneh yang terjadi pada kubis yang dibelinya baru-baru ini.

Tinggalkan kubis dalam peti ais, dia terkejut bila mendapatinya mekar berbunga seperti bunga cantik. Melihat perkara itu, wanita itu terus keliru dan buntu dan tak tahu bagaimana untuk memasak memandangkan kubisnya sudah berbunga sebegitu.

Ni la yg dikatakan masak tak jadi…sampai berbunga dok lam peti ais..

Cantik Pula Kubis Itu

Menjengah di ruangan komen, kejadian kubis itu menarik perhatian orang ramai. Cantik dipandang, ada juga yang mencadangkan untuk menanamnya di rumah sendiri. TINGGALKAN KUBIS DALAM PETI AIS CANTIK

Takut Juga Melihatnya

Namun begitu, ada juga yang berasa seram melihat kejadian pada kubis itu. Pelik, ada yang menyamakannya dengan makhluk asing! TINGGALKAN KUBIS DALAM PETI AIS CANTIK

Perkara sebegini pernah terjadi pada anda? Ada yang berasa terpikat, ada pula yang berasa seram melihatnya. Lain kali jangan tinggalkan kubis dalam peti ais terlalu lama kerana takut berbunga pula sayur-sayuran atau bahan-bahan lain. Terus hilang selera nak masak, boleh pula dijadikan hasil tanaman di rumah, terus masak tak jadi!

Kredit: Ida Malida via MATJHN OFFICIAL

Baca Juga: “Arwah Banyak Berjasa..” Suasana Mula Berasa Sayu Di Dapur Apabila Mendapati Pisau Kesayangan ‘Tewas’..

tags: