Biasanya, dalam penyimpanan cili untuk mengekalkan kesegaran daripadda cepat layu, kita menggunakan tisu untuk melapikkan ia supaya air dapat diserap agar tahan lama.
Tetapi, perkongsian tip simpan cili yang dikongsi oleh Roziah Abu Samah ini lain dari yang lain. Ia apabila dia menggunakan alternatif berbeza untuk mengekalkan kesegaran cili di dalam peti.
Katanya, sudah banyak petua untuk meniympan cili merah/hijau dan cili padi dicubanya. Tetapi hasilnya tidak begitu memuaskan.
“Ketika saya sedang membeli barangan dapur dan sayur-sayuran, saya terpandangkan benda berwarna putih yang sering digunakan untuk melindungi sayuran seperi bunga kobis dan juga buah-buahan.
“Datang pula idea untuk menggunakan sebagai alas di dalam bekas menyimpan cili-cili segar. Air hasil pengewapan tidak diserap dan senang dibuang kerana terkumpul di bawah ni berbanding menggunakan tisu sebagai alas yang kemudiannya akan basah menyerap air dan menyebabkan cili-cili cepat lecur dan busuk.
Jadi, alternatif lain yang digunakan adalah menggunakan pembungkus berwarna putih untuk menggantikan tisu supaya ia lebih tahan lama dan segar.
Semoga perkongsian tip simpan cili ini bermanfaat, selamat mencuba!
Sumber: Roziah Abu Samah
Baca juga: Cara Simpan Ubi Kentang Agar Tahan Lama & Elak Bertunas Awal. Kekal Elok Walau Dah 2 Bulan!