Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Tips Buat Bawang Putih Goreng Agar Sedap, Rangup & Tak Pahit!

Tips Buat Bawang Putih Goreng Agar Sedap, Rangup & Tak Pahit!

Kategori: ,
tips buat bawang putih goreng

Bawang putih merupakan bahan masakan yang kaya dengan khasiatnya yang tersendiri. Sama seperti bawang besar dan bawang merah, bawang putih ini sejenis tumbuhan dari Keluarga Alliaceae. Digunakan lebih 7000 tahun dahulu oleh manusia, tidak lengkap rasanya tidak masukkan bawang ini ke dalam setiap masakan.

Selain dimasukkan ke dalam masakan, bawang putih ini juga seringkali digoreng dan dimakan bersama-sama dengan nasi. Sangat bagus untuk ibu yang sedang berpantang dan juga sangat bagus untuk mereka yang sedang berdiet.

Namun bawang ini bukanlah digoreng sebiji-sebiji namun bawang ini akan dipotong nipis terlebih dahulu agar rasanya lebih sedap dan berselera. Walaubagaimanapun, ingin memotong nipis dan menghasilkan bawang putih goreng yang sedap bukanlah sesuatu yang mudah.

Bagi menjadi bawang putih goreng yang dibuat itu sedap ada tipsnya yang tersendiri tau. Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan tips tersebut? Jom kita ikuti perkongsian tips dari Azita Amir di bawah ini. 

Pepagi dah start menghadap si bawang putih ni ha. Membawang sorang-sorang ditemani hujan renyai-renyai. Alhamdulillah kejadiannya cantik dan elok sangat-sangat. Yang penting si putih ni sedap, rangup dan tidak pahit. 

Tips Buat Bawang Putih Goreng Agar Sedap, Rangup & Tak Pahit!

  1. Bawang putih direndam air terlebih dahulu selama satu jam untuk mudah kita kupas dan tak panas tangan.
  2. Sudah siap kupas, sagat macam biasa. Nak guna penyagat boleh, hiris dengan pisau pun boleh. Ikut keselesaan masing-masing.
  3. Sudah siap sagat, rendam dalam air garam dalam 15 minit, nak bagi keluar getah bawang tadi. Hilang sikit pahitnya.
  4. Bilas bawang tos dan goreng macam biasa. Selalu kacau dan api sederhana. Getah bawang akan keluar dekat tepi-tepi kuali dan kita boleh buang ya.
  5. Hasilnya akan cantik dan rangup.

Mudah sahaja kan tips di atas, nak tahu pula berkenaan dengan cara menjeruk bawang putih jeruk atau laba garlic, makanan yang sangat popular dalam kalangan orang China serta kaya dengan pelbagai khasiat. Jom kita ikuti di bawah ini.

Cara Buat Laba Garlic Macam Dalam Mukbang Viral China

Bahan-bahan:

  • 3 labu bawang putih | dikupas kulit dan dibuang pangkalnya. Dicuci bersih dan toskan.
  • 1 cawan cuka beras | warna coklat dan putih. Boleh juga gantikan dengan cuka makan biasa.
  • 1 sudu besar gula batu

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan bawang putih yang dikupas ke dalam balang.
  2. Masukkan gula batu dan tuang cuka hingga menutupi bawang.
  3. Tutup balang dan biarkan pada suhu bilik hingga warna hijau emerald terhasil (ambil masa lima hari atau lebih). Lagi lama lagi cantik hijaunya.
  4. Siap.

Nota: Sekali dah buka, kena simpan dalam peti sejuk ya.

Mudah dan ringkas sahaja kan nak buat bawang putih goreng dan laba garlic ini. Ikuti sahaja tips dan caranya di atas. Yang penting jangan derhaka, barulah sedap dan menjadi.

Semoga bermanfaat & selamat mencuba!

Kredit: Azita Amir & Aj Idris

Baca juga: Teknik Penyediaan Kimchi Yang Betul, Barulah Sedap & Perfect Rasanya!

tags: | |