Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Dia Tips & Cara Masak Mihun Goreng Agar Cantik Dan Tak Hancur. Rasa Pun Sedap!

Ini Dia Tips & Cara Masak Mihun Goreng Agar Cantik Dan Tak Hancur. Rasa Pun Sedap!

Kategori: ,,,
tips dan cara masak mihun goreng

Selain nasi dan roti, mihun goreng juga antara makanan yang cukup digemari ramai. Boleh dihidangkan dengan pelbagai jenis hidangan, sama ada mihun goreng biasa, mihun goreng tomyam, mihun goreng Singapura ataupun macam-macam lagi.

Makanan ini pastinya lebih enak apabila dimakan panas-panas. Walaupun begitu, tetap juga ada mihun goreng yang dijual oleh peniaga rasanya tetap sedap dan menyelerakan walaupun sudah sejuk.

Berkenaan dengan mihun goreng, sebelum ini viral berkenaan segelintir penduduk Malaysia mempunyai masalah saat menggoreng mihun ini. Ada yang mengadu, setiap kali menggoreng mihun, mihunnya tidak menjadi.

Malah rasanya juga tidak enak seperti yang dijual oleh peniaga. Nak tahu cara betul dan tips masak mihun goreng yang enak dan tidak lembik? Jom kita ikuti perkongsian dari Nurul Huda Sulaiman ini. 

Tips & Cara Masak Mihun Goreng Yang Enak, Tak Lembik & Hancur

Selamat pagi.. Bihun goreng aje.. Alhamdulillah..

Goreng 2 bungkus terus.. Tips nak dapat bihun cantik jangan kerap kacau.. Sekadar sebatikan sahaja.

Bahan-bahan:

  • 1 sdb bawang putih kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sdb bawang besar kisar
  • 4 sdb cili kisar
  • 4 sdb kicap pekat Jalen
  • 4 sdb sos cili
  • 4 sdb sos tomato
  • 1 sk garam
  • 2 kiub pati ayam
  • 1 sk serbuk perasa
  • 1 mangkuk isi ayam
  • 1 sb gula
  • 3 biji telur
  • 1 mangkuk air
  • 2 bungkus mihun yang telah direndam & ditoskan

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih kisar.
  2. Kemudian masukkan pula bawang besar yang dihiris dan bawang besar kisar.
  3. Kacau sekejap dan masukkan cili kesar.
  4. Apabila dah sedikit garing, masukkan kicap, sos cili dan sos tomato. 
  5. Masukkan pula garam dan serbuk pati ayam serta perasa.
  6. Kacau sebati dan masukkan isi ayam serta gula. 
  7. Kacau sekejap, biarkan isi ayam masak.
  8. Kemudian masukkan telur dan kacau. 
  9. Masukkan pula air, biarkan sekejap. 
  10. Kemudian baru masukkan bihun. Masukkan juga sayuran. Kalau rasa tak cukup rasa, boleh perasakan. 
  11. Kacau sebati dan siap untuk dihidangkan. 

Tips masak mihun goreng menggunakan mihun jenama Faiza

Setiap jenis bihun pastinya mempunyai cara masak berbeza, hal tersebut dapat diketahui apabila ramai gagal dalam menyediakan mihun. Lebih-lebih lagi ketika menggunakan jenama Faiza. Katanya, setiap kali masak menggunakan mihun jenama Faiza mihun akan menjadi lembik dan hancur. Jadi jom kita ikuti tips di bawah ini.

  • Guna garfu besar untuk kacau.
  • Bihun tak payah rendam lama. Hanya 5 minit lepas tu terus tos.
  • Jangan masukkan air terlalu banyak semasa proses menggoreng.
  • Jangan kacau terlalu kerap. Proses kacau yang boleh membuatkan bihun putus.
  • Tutup seketika untuk proses melembutkan bihun.
  • Bolak-balikkan sahaja untuk bagi rata.

Mudah sahaja kan nak masak mihun goreng yang sedap dan menyelerakan ini? Kalau ikut cara yang betul pasti menjadi mihun goreng anda tau. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita cuba membuatnya sekarang. Sangat mudah dan sedap!

Semoga bermanfaat & selamat mencuba!

Kredit:  Nurul Huda Sulaiman & Norol’ain Mohd Noor

Baca juga: Tips Masak Kuey Teow Goreng Tak Lembik & Melekat, Barulah Tak Muak Dan Sedap!

tags: | | | |