Kuih Penyaram atau turut dikenali sebagai Kuih Pinjaram merupakan salah satu kuih tradisional yang sangat popular dalam kalangan orang Bajau. Kuih tradisional yang berasal dari Sabah dan Brunei ini diperbuat daripada tepung beras, tepung jagung, santan dan juga minyak.
Kebanyakannya pembuat akan memasukkan daun pandan supaya ianya lebih berbau wangi. Persis seperti kuih peneram kerana ia menggunakan gula merah namun jangan tertukar ya. Walaupun sama tetap ada bezanya.
Kuih Penyaram yang sedap dihidangkan ketika panas ini akan digoreng garing dan dibalik-balikkan bagi memastikan kedua belahnya sama garing. Walaubagaimanapun, Kuih Penyaram ini agak susah untuk ditemui. Jarang sekali orang zaman sekarang menjualnya walaupun rasanya amat sedap.
Jadi apa kata kita buat sendiri sahaja di rumah. Namun jangan tengok resepi nya sahaja. Tetap ada tips dan caranya yang tersendiri tau supaya kuih yang dimasak sedap dan menjadi. Nak cuba buat Kuih Penyaram ini di rumah? Jom ikuti perkongsian resepi dan tips dari Norhamad Said.
Untuk gula merah, sebelum masukkan dalam adunan perlu masak atas dapur dengan sedikit air sehingga gula larut. Untuk elakkan berketul dan lebih mudah sebati dengan adunan.
Bahan-bahan:
Cara penyediaannya:
Mudah sahaja kan cara dan tips nak hasilkan Kuih Penyaram yang cantik serta sedap ini? Ikuti sahaja perkongsian di atas ini tanpa rasa was-was. Kalau rasa was-wasa juga, boleh lah bertanya kepada yang mahir. Resepi dan tips pun sudah ada, jadi rasanya tiada masalah untuk anak-anak muda mencubanya dan mengetengahkan kuih ini supaya ia tidak lapuk dek zaman, tak lekang dek panas.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Kredit: Norhamah Said
Baca juga: Sangat Bagus Untuk Segarkan Badan, Ini Tips Masak Sup Ayam Lada Hitam Yang Sedap!