Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tips Keselamatan Makanan Sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan

Tips Keselamatan Makanan Sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan

Kategori: ,
Tips Keselamatan Makanan

Sejak perintah kawalan pergerakan yang diarahkan kerajaan minggu lalu, pergerakkan rakyat Malaysia terbatas sedikit. Hal ini demi mengelakkan menularan wabak COVID-19.

Mungkin sebelum perintah kawalan ini, anda sering membeli makanan di luar. Tapi buat masa sekarang, lebih baik kalau memasak sendiri di rumah untuk mengelakkan sebarang kemungkinan untuk dijangkiti Covid-19.

Namun, anda haruslah sentiasa berjaga-jaga dan menjaga kebersihan ketika memasak di rumah, untuk mengelakkan keracunan makanan atau perkara yang tidak diingini.

Pastikan tahap kesihatan anda berada di paras yang baik.

 

Adakah COVID-19 berjangkit melalui makanan?

Coronavirus kebanyakannya tersebar dari satu orang kepada orang lain melalui titisan pernafasan.

Walau bagaimanapun, anda haruslah mengamalkan kebersihan makanan yang baik.

 

Tips keselamatan makanan sepanjang tempoh kawalan COVID-19

  1. Cuci tangan dengan bersih setiap kali mengendali makanan.
  2. Gunakan peralatan memasak yang bersih.
  3. Sentiasa bersihkan dan sanitasi permukaan penyediaan makanan.
  4. Masak makanan pada suhu mencukupi dan elak makan makanan mentah.
  5. Jangan simpan terlalu banyak bahan makanan dalam peti ais.
  6. Sentiasa lupuskan sampah bagi mengelak haiwan perosak.

Sentiasalah menjaga kebersihan untuk mengelakkan sebarang jangkitan.

Bukan nak elakkan virus Covid-19 je, virus lain pun kita kena elakkan ya!

 

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (Facebook)

 

Baca juga: 7 Cara Urus Stok Makanan Dengan Betul Sepanjang Kuarantin

tags: