Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ini Tips Masak Sambal Sotong Petai Supaya Sotong Tetap Pejal, Tak Kecut & Tak Berair

Ini Tips Masak Sambal Sotong Petai Supaya Sotong Tetap Pejal, Tak Kecut & Tak Berair

Kategori: ,,
cara buat sambal sotong petai

Kesedapan makanan tradisional atau masakan Melayu ini memang tiada tandingan kan? Tidak kira apa sekalipun sama ada sambal sotong petai, sambal nasi lemak, daging goreng atau pun lain-lain masakan.

Adanya menu tersebut terhidang di atas meja pasti membangkitkan selera. Mahu menambah nasi berkali-kali tau kalau ada lauk macam ni. Bahkan dapat ikan rebus goreng pun dah boleh terbalik biji mata, ini apatah lagi sambal sotong petai.

Sambal sotong pastinya sudah sememangnya sedap, dimasukkan pula petai. Memang gandingan yang cukup mantap dan menggiurkan. Sekali bau dan makan, pasti hilang ingatan soal ingin diet dan makan sedikit.

Mak mertua lalu dekat belakang pun memang tak perasan. Sebab apa? Sebab sedap sangat lah. Tapi tu la, tak semua orang pandai masak sambal sotong yang betul-betul menjadi dan enak tau.

Macam mana nak tahu sambal sotong tersebut menjadi ya? Anda boleh melihat dari beberapa sudut, sama ada dari pepejalan sotong, teksturnya sama ada kecut atau pun tidak dan adakah sotong yang dimasak sambal itu berair.

Kalau rasa sotong masih lagi pejal, tak kecut dan tak berair tu tandanya memang masakan anda menjadi. Namun begitu, nak masak sambal sotong petai yang menjadi ni ada tipsnya yang tersendiri ya. Jadi jom kita ikuti tips perkongsian dari Affaf Hussin di bawah ini. 

Tips Masak Sambal Sotong Petai Supaya Sotong Tetap Pejal, Tak Kecut & Tak Berair

Bukan nak kongsi resipi, cuma nak kongsi hari tu ada baca tips dalam ni. Tips untuk sotong pejal, tak kecut dan tak berair bila masuk dalam sambal tumis.

Saya ikut tips ni, gaul sotong yang dah dipotong dengan garam hingga berbuih. Kemudian basuh sotong hingga hilang buih. Hasilnya bila masak sambal ni tak perlu rebus dulu sotong. Tumis sambal macam biasa dan masukkan sotong. Sotong tak keluar banyak air jadi sambal tak cair. Terima kasih bagi tips ni.

Petai tu pun ikut tips juga, saya rendam air dan simpan dalam peti ais. Sebab asalnya tak sempat nak masak, tak nak bagi rosak. Bila tengok lepas seminggu, makin besar biji petai tu. Agaknya kalau rendam lagi lama makin besar bijinya..hihihi.

Resepi sambal sotong petai:

Bahan-Bahan

  • 5 ekor sotong
  • 1 biji hirisan bawang besar
  • 1 mangkuk cili kisar
  • Sedikit air asam jawa
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Sedikit gula melaka
  • 1 mangkuk isi petai
  • Garam secukup rasa

Bahan untuk kisar halus

  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Cara Penyediaan

  1. Bersihkan sotong dan masak di atas kuali tanpa minyak sehingga keluar airnya, tapi jangan masak terlalu lama kerana nanti sotong akan menjadi keras.
  2. Asingkan sotong dan airnya ke dalam bekas berasingan.
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga kekuningan.
  4. Masukkan cili kisar dan bahan kisar halus. Masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan air asam jawa, sos tiram, gula melaka dan air sotong tadi.
  6. Masukkan pula sotong dan petai.
  7. Macau sehingga petai sedikit layu. Kalau suka petai rangup, masak sekejap sahaja.
  8. Perasakan dengan garam secukupnya.

Mudah sahaja kan nak menyediakan sambal sotong petai yang sedap dan menjadi? Ikuti sahaja tips di atas. Yang penting jangan derhaka tipsnya ya. Barulah masakan anda menjadi elok!

Semoga bermanfaat!

Kredit tips: Affaf Hussin

Kredit resepi: Che Nom

Baca juga: Resepi Sambal Ikan Aye & Nasi Lemak Versi Terengganu Yang Cukup Padu, Rugi Kalau Tak Cuba!

tags: | |