Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tips Goreng Ikan Keli Tanpa Letupan Sedikit Pun, Rupa Pun Elok & Tak Menjadi Lembik!

Tips Goreng Ikan Keli Tanpa Letupan Sedikit Pun, Rupa Pun Elok & Tak Menjadi Lembik!

Kategori: ,
cara goreng ikan keli

Ikan keli merupakan ikan air tawar antara yang digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia dan Indonesia serta rakyat negara ASEAN. Selain enak dibuat gulai, ikan keli ini lebih enak jika dibuat goreng berlada. Namun nak menggoreng ikan keli ini bukanlah satu perkara yang mudah.

Ada cara dan tekniknya tersendiri agar tak meletup serta bentuk dan rupanya cantik. Malah rasanya juga tidak lembik. Pastinya ramai dalam kalangan kita yang gagal menggoreng ikan keli kan. Mungkin anda boleh cuba tips dan teknik goreng ikan keli yang dikongsikan oleh Faris Fakhrullah ini.

Tips Goreng Ikan Keli Tanpa Letupan Bom

Selesai sahaja lumur garam dan kunyit, taburkan tepung gandum di atas ikan menggunakan sudu.

Jangan lumurkan, cukup sekadar tabur sahaja.

Gunakan penyepit letak ekor dahulu ke dalam minyak panas diikuti bahagian kepala.

Dijamin tiada lagi letupan yang bakal menggegarkan dunia.

Wah, mudah je rupanya nak menggoreng ikan keli ini. Cuma perlu tahu tekniknya sahaja. Kalau dah tahu teknik dan cara yang betul, hari-hari goreng ikan keli lepas ni kan. Sebab tak meletup dan sedap! Korang jangan lupa ya untuk kongsi artikel ini kepada kenalan korang.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Faris Fakhrullah Via SMAHI

Baca juga: Kena Buang ‘Benda’ Ini Barulah Ikan Keli Tak Hanyir & Berbau Selepas Dimasak

 

tags: | |