Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Selalu Hancur Berkecai Bila Masak Bihun Jasmine? Ini Dia Tips Penting Yang Anda Wajib Tahu!

Selalu Hancur Berkecai Bila Masak Bihun Jasmine? Ini Dia Tips Penting Yang Anda Wajib Tahu!

Kategori:
tips goreng bihun guna bihun Jasmine

Di pasaran terdapat pelbagai aneka jenis bihun. Setiap orang memiliki citarasa yang berbeza. Ada yang menggemari bihun berjenama Faiza, ada pula yang menggemari bihun Jasmine. Bihun Jasmine ini merupakan salah satu keluaran bumiputera yang mendapat sambutan yang tinggi di pasaran. Pastinya setiap produk atau jenama bihun akan mempunyai kaedahnya yang tersendiri untuk memasak bukan?

Ada bihun yang perlu direndam lebih lama sebelum dimasak namun ada juga yang hanya perlu direndam beberapa minit. Bergantung kepada jenama dan kualiti bihun terbabit. Namun bagi yang sudah biasa memasak bihun menggunakan produk keluaran Jasmine ini sudah terbiasa. Bagi anda yang baru pertama kali nak cuba, pasti keliru dan gelisah bukan? Mana tidaknya, guna bihun lain elok sahaja. Apabila menggunakan bihun jenama Jasmine ini terus hancur berkecai.

Jadi mungkin anda boleh ikuti tips masak bihun jasmine yang dikongsikan oleh Sharifah Khansa Syed Omar ini. Menurutnya, mak dia merupaka pengguna tegar bihun Jasmine. 

Tips Goreng Bihun Guna Bihun Jasmine

Semalam ada nampak pos pasal bihun Jasmine hancur berkecai. 

Mak saya pengguna tegar bihun Jasmine tak nak bihun jenama lain sebab goreng betul-betul rasa dia sangat sedap dan kenyal berbanding bihun lain. 

Mak saya kata boleh rasa beza bihun yang direndam dalam air sejuk dan bihun yang di rebus sekejap. Bila saya rasa memang betul, memang ada beza dari segi rasa dan tekstur bihun selepas digoreng. Ni lidah kami la yang rasa. Orang lain mungkin rasa biasa je. 

Jadi ini tips dari mak saya bagi sesiapa yang lembutkann bihun dalam air mendidih. 

Masukkan bihun dalam air yang dah betul-betul mendidih dan jangan tinggalkan. Dalam 1 minit je macam tu kalau banyak. Kalau guna sikit sekejap je dah lembut. 

Bila dah agak-agak lembut dan masak. Toskaan bihun dan biarkan bihun tu sejuk dulu. 

Sambil-sambil tu boleh la siapkan rencah-rencah nak goreng bihun tu. 

Kalau dah tumis rencah bihun goreng, tak perlu tambah air dah sebab bihun dah sedia masak. Kalau nak tambah air pun jangan banyak sangat cukup sekadar untuk mudahkan rencah dapat digaul bersama bihun sampai rata. 

Ini perkongsian sahaja, kalau yang dah biasa rendam dengan air sejuk ke tambah air selepas tumis renncah gorengan ke terpulang ya tak ada masalah pun. 

cara masak bihun

Tips masak menggunakan bihun Jasmine ini sangat mudah bukan? Jadi mungkin selepas ini sudah tiada masalah atau bihun hancur berlaku. Ikuti sahaja tips-tips di atas ini. Semoga sedikit sebanyak ia dapat membantu dan memudahkan kerja anda ya.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Sharifah Khansa Syed Omar

Baca juga: Ramai Masak Bihun Faiza Jadi Hancur Dan Lembik? Ini Tips Betul Goreng Bihun Faiza Agar Menjadi Elok 

tags: |