Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tips Penyediaan Ikan Rebus Untuk Simpan Lama Dan Kekal Segar, Bila Nak Makan, Ambil Dalam Peti Dan Terus Goreng

Tips Penyediaan Ikan Rebus Untuk Simpan Lama Dan Kekal Segar, Bila Nak Makan, Ambil Dalam Peti Dan Terus Goreng

Kategori: ,,
ikan rebus untuk simpan lama

Perkongsian daripada seorang wanita berkenaan cara dia menyimpan ikan rebus untuk tahan lama dalam peti menarik perhatian netizen. Jom kita baca perkongsian dari Nor Azua Amlan ni!

Katannya, jika dia ke pasar pasti akan membeli ikan kembung untuk buat ikan rebus.

“Ikan rebus elok buat sendiiri, baru terjamin kebersihan dia,”katanya.

Jadi, ini cara penyediaan ikan rebus untuk simpan lama dan tetap segar dalam peti sebelum digoreng.

Tips Penyediaan Ikan Rebus Untuk Simpan Lama Dan Kekal Segar, Bila Nak Makan, Ambil Dalam Peti Dan Terus Goreng

Untuk cara penyediaan ini, ia menggunakan 18 ekor ikan kembung dan garam 3 sudu.

  • Buang segala isi perut dan insang ikan, perap selama 45 minit dan kukus selama 1 jam, agak-agak ikut kuantiti ikan.
  • Bila dah masak kukus tu, ambil bekas. Dlam bekas, alas dengan plastik.
  • Susun ikan rebus.
  • Alas lagi dengan plastik.
  • Susun lagi ikan rebus. Buat sampai habis, layer by layer.
  • Simpan ikan rebus ni dalam freezer. Kalau nak goreng, angkat je lapisan plastik tu.
  • Lembutkan ikan pada suhu bilik, lepas tu baru goreng.

ikan rebus untuk simpan lama ikan rebus untuk simpan lama ikan rebus untuk simpan lama ikan rebus untuk simpan lama ikan rebus untuk simpan lama ikan rebus untuk simpan lama

Menurut pemilik resepi, orang Perak memang panggil ni ikan rebus. Walaupun cara pembuatan dia kukus. Macam suaminya asal orang Gombak,, dia tak biasa makan. Mula-mula suami rasa pelik dengan menu ni. Dan sekarang, suaminya pula yang suka makan.

Setiap kali pergi pasar, beli 2KG ikan kembbung dan buat banyak-banyak. Simpan dalam freezer. Nak goreng keluarkan awal-awal mana yang perlu sahaja. Biarkan pada suhu bilik.

Ingat! Jangan rendam! bila dah lembut, terus goreng. Jangan dibasuh pula. Sebab sebelum kita kukus kan kita dah basuh ikan ni siap-siap. Lagipun ini untuk elakkan ikan meletop-letop.

Semoga perkongsian ikan rebus untuk simpan lama ini bermanfaat buat semua!

Sumber: Nor Azua Amlan

Baca juga: Harga Sayur Makin Naik, Jadi Jom Tanam Sayur Kangkung Tak Jejak Tanah, Mudah Dan Lagi Bersih!

tags: | |