Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tip & Petua » Jangan Buang Puntung Rokok, Jadikan Sebagai Racun Makhluk Perosak, Ini Caranya!

Jangan Buang Puntung Rokok, Jadikan Sebagai Racun Makhluk Perosak, Ini Caranya!

Kategori: ,
puntung rokok

Terlebih dahulu, harus diingatkan bahawa merokok membahayakan kesihatan diri dan orang lain. Tetapi jika anda sedang berada dalam fasa merokok atau usaha berhenti rokok, puntung rokok yang dihisap jangan dibuan. Hal ini kerana ada kegunaan di sebaliknya.

Menurut perkongsian tanduria.co, akaun yang sering berkongsi perihal tips tanaman berkata, puntung rokok boleh dijadikan racun makhluk perosak (pestisida) yang mantap dan mujarab. Jom kita baca cara-caranya!

Jangang Buang Puntung Rokok, Jadikan Sebagai Racun Makhluk Perosak, Ini Caranya!

 

Tips Dan Cara Penyediaan:

  1. Kumpulkan puntung rokok kira-kira 1 genggam.
  2. Lalu rebus dalam masa yang sebentar sahaja dengan 500ml air. Fungsi direbus adalah untuk menghilangkan virus mozaik dari tembakau. Tidak memerlukan waktu yang lama. Yang penting harus kelihatan kecoklatan
  3. Pestisida tembakau ini akan bertukar ampuh.
  4. Serangga seperti aphit, ulat, thrip, kutu putih, kumbang kecil, tungau, penggerak batang dan daun serta penyakit seperti jamur karat, jamur kentang, virus keriting boleh dihapuskan.
  5. Selain itu, masih banyak lagi yang boleh dimanfaatkan oleh cairan tembakau ini.
  6. Gunakan ini di siang hari kerana efek maksimanya pada siang hari.
  7. Cara pakainya campurkan 10 ml cairan ini ke 1 liter air dan semburkan seminggu sekali, kalau hamanya masih ringan.
  8. Kalau tanaman teruk, boleh pakai semingu 2 kali hingga 3 kali.

puntung rokok puntung rokok puntung rokok

@tanduria.co Punya puntung rokok jangan dibuang ya! #tanduria #gardening #gardeningtips ♬ Peace – Official Sound Studio

Menakjubkan bukan? Sekurangnya, tiada berlaku pembaziran yang lebih. Tetapi min ingatkan sekali lagi, artikel ini bukan untuk menggalakkan hisap rokok tau. Ini hanya boleh diaplikasi jika anda merokok dan sedang dalam proses berhenti ke apa, eloklah tips dan cara ini dibuat sebagai panduan untuk elakkan pembaziran.

Sumber: Tanduria.co

Baca juga: “Jadi Teringat Masakan Ibu..”, Wanita Ini Kongsi Resepi Terung Bakar Sambal Asam, Makan Sambil Terkenang Memori Lama

tags: | |