Sebut sahaja mengenai petai, pasti ada yang menggemarinya, ada juga yang tidak. Namun tidak dinafikan ia sangat terkenal di kalangan orang ramai, lebih-lebih lagi golongan ‘hantu petai’.
Namun seperti sayur-sayuran lain, ia akan mudah rosak jika tidak disimpan dengan elok. Untuk memastikan ia tahan lama dan kekal segar, pelbagai tips boleh dicuba. Antaranya adalah yang telah dikongsikan oleh cik Hasifah Che Mat di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Lebih mudah dan tak memerlukan langkah-langkah yang sukar, jom ikuti perkongsian ini.
Tips: Nak lagi tahan lama, anda boleh guna vakum pack. Tapi perkongsian ini hanya menggunakan plastik ziplock (dapatkan di sini) sahaja tapi tetap elok.
Seperti yang dijanjikan, tips ini jauh lebih mudah dari yang lain. Jika nak menggunakan petai dalam resepi korang, hanya perlu mengeluarkannya dari peti ais. Jika anda mengikuti setiap langkah yang dikongsikan, tentu petai tersebut masih lagi elok dan segar, sedap untuk dimakan.
Semoga perkongsian ini dapat membantu.
Kredit: Hasifah Che Mat di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Baca Juga: Petua Madu Untuk Hilangkan Demam Dan Batuk, Terbukti Sangat Berkesan! Sekali Cuba Terus Sembuh